Ahad, 9 September 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Projek Jalan Raya Umno-BN Menyusahkan Peniaga <b>di Semenyih</b>

Posted: 04 Sep 2012 01:15 AM PDT

SEMENYIH, 3 SEPT: Projek penurapan jalanraya Kerajaan Umno-BN di sebuah kampung di sini menyusahkan penduduk apabila kedai mereka sering dimasuki air setiap kali ia hujan.

Peniaga dan pemilik kedai Kampung Sungai Jai, Beranang, mendakwa mereka terpaksa membersihkan kedai daripada air yang mengalir masuk daripada jalan tersebut yang berhadapan premis mereka.

Projek menaiktaraf laluan alternatif bagi Kuala Lumpur – Seremban itu didakwa diuruskan pejabat DUN Semenyih bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

MP Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, banjir ini disebabkan keadaan jalan baru ini terlalu tinggi serta ketiadaan longkang bagi mengalirkan air daripada masuk ke kedai-kedai berhampiran.

"Jalan ini diturap setinggi hampir enam inci tetapi longkang yang sepatutnya penting bagi mengalirkan air terutama ketika hujan tidak dibina," katanya ketika meninjau keadaan jalan di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk di kawasan Beranang menghargai jalan yang diturap serta lampu isyarat baru namun biarlah ia dalam keadaan sempurna tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Seorang peniaga kedai gambar, Wan Mohd Zambri Wan Husin, mengadu kedainya sering dimasuki air sejak jalan ini siap diturap bulan lalu dan ianya menyusahkan urusan perniagaannya.

"Apabila datang musim hujan, saya terpaksa membersihkan kedai setiap hari kerana dimasuki air dan ianya benar-benar merumitkan saya," katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga kedai gunting rambut Sivarajan Muniandy, JKR sudah berjanji akan membina longkang di depan kedai-tersebut.

"Jurutera JKR ada berjumpa saya dan mereka berjanji untuk membina longkang bagi mengatasi masalah banjir tetapi tiada apa-apa perkembangan sampai sekarang," katanya.

Sementara itu, Dr. Che Rosli berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan JKR untuk melihat pelan projek seterusnya mengatasi masalah ini.

Turut hadir ketika tinjauan dilakukan adalah Ketua Kampung Sungai Jai, Beranang, Mat Asnawi Mat Daud dan Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Mohamad.

Jungle Green : kisah penentangan pengganas komunis <b>di Semenyih</b>.

Posted: 30 Aug 2012 09:49 AM PDT


Oleh: Harith Faruqi Sidek

Naskah Jungle Green ini diterbitkan dalam tahun 1953, ianya merupakan catatan Major Arthur Campbell, seorang bekas anggota tentera British yang berkhidmat di Malaya didalam The Suffolk Regiment. Major Arthur Campbell terlibat didalam operasi menentang pengganas komunis selama tiga tahun setengah di Malaya. Dalam tempoh tersebut, Regimen Suffolk telah berhadapan dengan ancaman komunis yang diketuai oleh Liew Kon Kim, yang juga dikenali sebagai "Wira Berjanggut" kerana menyimpan janggut bagi kaum cina pada masa itu adalah sesuatu yang janggal. Liew Kon Kim merupakan ketua kepada sayap komunis yang dikenali sebagai 'Malayan Races' Liberation Army', pasukan ini juga dikenali sebagai 'Geng Kajang' kerana pusat operasi mereka adalah di Kajang dan kawasan sekitarnya termasuk Semenyih.



Sepanjang menjalankan operasi, pasukan Arthur Campbell telah bekerjasama dengan pasukan Polis Daerah Kajang yang diketuai oleh Jock MacFadden. Pasukan tentera dilihat lebih berkesan dalam memerangi komunis kerana mereka dilatih dengan kemahiran bertempur didalam hutan berbanding pasukan polis.
 Antara peristiwa kekejaman komunis yang diceritakan oleh Arthur Campbell ialah, pembunuhan keluarga Ah Chong di Broga. Ah Chong dikatakan telah dibunuh oleh pasukan komunis yang diketuai oleh Liew Kim Bok.Pembunuhan Ah Chong sekeluarga ini dikatakan bermotifkan dendam,  kerana sebelum itu Ah Chong dikatakan telah memberi maklumat kepada pasukan polis dimana terletaknya kawasan perkhemahan komunis di Broga, akibatnya pasukan polis telah melakukan serangan keatas kawasan yang dimaksudkan lalu berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis.
Pasukan Polis kemudiannya telah menawarkan perlindungan kepada Ah Chong dan keluarganya dengan menyarankan mereka berpindah dari kawasan dimana mereka tinggal sekarang, tetapi ditolak oleh isteri Ah Chong. Nasib malang kemudiannya menimpa Ah Chong, beliau bersama isteri serta anak perempuannya yang masih kecil telah dibunuh dengan kejam di kediaman mereka. Menurut Arthur Campbell, komunis dipercayai telah membunuh isteri Ah Chong dahulu, diikuti anaknya yang ditembak tepat di jantung dan akhir sekali Ah Chong yang maut akibat tembakan bertubi-tubi ke tubuhnya.


Hasil siasatan pihak polis, dipercayai ada talibarut komunis yang berada di Kajang telah melaporkan kepada Liew Kim Bok bahawasanya mereka telah menyaksikan Ah Chong berada di Balai Polis Kajang, beberapa detik sebelum pasukan polis menghantar pasukan menyerang kedudukan komunis di Broga. Peristiwa pembunuhan Ah Chong telah dipandang serius oleh pasukan Polis dibawah pimpinan McFadden, lalu beliau berusaha mendapatkan maklumat daripada penduduk sekitar Broga tentang Liew Kim Bok serta peristiwa pembunuhan Ah Chong, malangnya tiada yang berani membuka mulut. McFadden kemudiannya memperkenalkan satu kaedah bagaimana penduduk boleh menyalurkan maklumat kepada pasukan polis tanpa perlu pergi ke Balai Polis. McFadden memberitahu kepada para penduduk, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang komunis boleh menulis surat yang mengandungi maklumat yang mereka tahu dan memasukkannya ke dalam peti pos di Pejabat Pos Broga. Kaedah ini juga tidak berkesan kerana kebanyakkan penduduk dikawasan setinggan di Broga itu tidak boleh menulis, lalu McFadden mencadangkan keseluruhan kampung itu perlu dipindahkan ke kawasan lain dibawah rancangan "Kampung Baru" di Semenyih.

Selain Broga, kedudukan komunis  di Semenyih termasuklah di sekitar kawasan Sungai Semenyih (tidak pasti jika ianya merujuk kepada sungai tekala ), Lenggeng (dirujuk sebagai Rengging oleh Arthur Campbell) serta kawasan ladang getah sekitar Semenyih. Penempatan semula kaum cina di Kampung-kampung baru telah mewujudkan beberapa penempatan di negeri selangor, antaranya Broga Tarun, Sungai Chua, Kg. Balakong, Batu. 9, Cheras dan lain-lain. Pangkat terakhir Major Arthur Campbell didalam tentera British ialah Leftenan Kolonel.

Rujukan:

Campbell, Arthur. 1953. Jungle Green.London: George Allen and Urwin Ltd.
(DS596.C3 kat - Koleksi Asia Tenggara / B0103.JVD 42-Koleksi Khas - Sumbangan JVD Cruz)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads