Sabtu, 17 November 2012

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


zaldeco: ZALDECO Makeover <b>di Selayang</b> Resident

Posted: 19 Oct 2012 07:48 AM PDT


Sentuhan selebriti pereka dalaman Faizal Zain (ZALDECO) sering tampil dengan tema-tema unik. Terbaru buat kamar beradu seorang pelanggan, Faizal mengetengahkan rekaan peribadinya yang diberi tema Maskulin Mistik bersesuaian dengan tuan rumah yang masih bujang.


Gabungan rona mistik hitam dan putih menjadi tunjang disamping warna tambahan merah jambu dipilih bagi mewujudkan sedikit kelainan. Faizal cuba keluar dari kepompong hiasan dalaman, apabila warna merah jambu sering diketepikan dalam rekaan kediaman seorang lelaki. Tetapi kali ini rekaan Faizal tampil menyerlah dan sekaligus membuktikan warna merah jambu juga mampu tampil berciri maskulin.


Pemilihan tema ini memerlukan sentuhan yang berhati-hati agar aura maskulin dapat dibangkitkan. Jika salah tempatnya maka aura maskulin mudah tenggelam kerana gabungan warna yang manis. Namun kepakaran Faizal jelas terpancar apabila warna manis digabungkan dengan warna-warna mistik tampil berjaya.


Elemen-elemen mistik dibawakan dengan lengkap dan ringkas. Antaranya seperti lilin merah, bantal dengan geomatrica mystic, bingkai-bingkai gambar dengan paparan topeng-topeng beserta cermin hitam berunsur gotik yang menghiasi penjuru dinding.


Di akhir sentuhan segala elemen dan rona pilihan dilihat tampil bersatu. Walaupun ringkas dan bersahaja namun tema yang ditampilkan jelas mengambarkan satu kelainan. bagi mereka yang juga mengimpikan sentuhan kreatif Faizal, apa lagi...dapatkan konsultasi dari ZALDECO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads