Sabtu, 17 November 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pentas final <b>di Shah Alam</b> – Perak Today

Posted: 08 Oct 2012 05:03 PM PDT

Hamidin Mohd. Amin (duduk kiri) dan Azzuddin Ahmad (duduk tengah) serta ahli Perbadanan Stadium memeriksa rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, semalam. -

KUALA LUMPUR – Gara-gara rumput yang masih baru ditanam, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menukar gelanggang pentas akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

Bukan tidak mahu menggunakan Stadium Nasional sebagai medan neutral jika Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti, Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, situasi itu tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemain di samping tidak mahu menjejaskan kualiti padang untuk Piala Suzuki AFF.

"Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah melakukan pemeriksaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengambil kira maklum balas semua pihak sebelum mencapai keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam yang menjadi pilihan kedua.

"Keputusan itu dilakukan setelah mendapatkan pandangan daripada pakar kejuruteraan kerana cengkaman akar rumput yang baru ditanam pada awal September lalu masih belum kuat dan memerlukan masa sebulan lagi.

"Rumput yang baru ditanam itu meliputi 70 peratus daripada kawasan padang dan punca kerosakan rumput ini ekoran program-program yang dijalankan pada bulan sebelumnya, " katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, semalam.

Menurut penerangan jurutera penyelarasan Perbadanan Stadium Merdeka, Mohd. Safuan Mat yang bertanggungjawab terhadap pembaikan padang Stadium Nasional, kerosakan permukaan padang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, ini kerana terdapat gangguan daripada program yang dijalankan di saat akhir yang berada di luar penjadualan.

"Penggunaan stadium ini telah dijadualkan namun ada program yang dibuat pada saat-saat akhir dan ia menjejaskan kualiti padang, itu mengapa penanaman rumput baru perlu dilakukan, " katanya.

Bagi memastikan 'pisang tidak berbuah dua kali', Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berharap pihak Perbadanan Stadium dapat memberikan jaminan bahawa Stadium Nasional tidak akan digunakan sehingga bermulanya perlawanan Piala Suzuki AFF.

"FAM meminta jasa baik pihak Perbadanan untuk tidak membuka ruang kepada sebarang program dijalankan di Stadium Nasional sehingga 24 November ini, iaitu sehari sebelum perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF bermula supaya padang dapat digunakan nanti, " katanya.

- UTUSAN

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads