Sabtu, 17 November 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Kerajaan Selangor Perkenal TUNAS Untuk Beri Pendidikan Percuma

Posted: 03 Nov 2012 09:45 PM PDT

Kuala Selangor, 3 Nov    :    Pelajar-pelajar pra sekolah yang telah menghantar anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atau mana-mana pra sekolah yang berdaftar dibawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor pada masa akan datang akan menikmati peluang pendidikan secara percuma apabila Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) mula diperkenalkan pada tahun ini oleh Kerajaan Negeri Selangor, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

TUNAS merupakan sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, yang mana melalui program ini ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 kebawah layak untuk menerima bantuan yuran pendidikan pra sekolah percuma sebanyak RM50.00, katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Beliau berkata demikian sewaktu meyampaikan ucapan di Majlis Konvokesyen PASTI Tanjong Karang yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat di Auditorium Inspens Kuala Selangor.

Sementara itu, katanya, bagi ibubapa yang berpendapatan RM2,500 kebawah juga akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan tersebut bagi fasa seterusnya pada tahun hadapan, katanya lagi.

DUN Sungai Burong telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program taklimat awal berhubung perlaksanaan TUNAS ini yang melibatkan 5 DUN dalam Daerah Kuala Selangor yang dijangka akan diadakan pada awal Disember 2012 nanti, ujarnya lagi.

TUNAS juga adalah merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Program TUNAS ini dikendalikan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali.

Pada tahun ini seramai 63 orang kanak-kanak PASTI yang berusia 6 tahun bagi sesi 2012 telah menerima sijil masing-masing yang melibatkan sebanyak 8 buah daripada 10 PASTI di kawasan Tanjong Karang.

Di majlis konvkesyen itu juga, PASTI Al-Badar , Dato' Manan telah dinobatkan sebagai PASTI Cemerlang 2012, hadiah telah disampaikan oleh Dr Dzulkifli Ahmad dan diterima oleh Pengerusi PASTI tersebut, Mohamad Fazli Mustapa.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ketua Penerangan PAS Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Terap, Haji Miskon Misani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads