Sabtu, 16 Mac 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Malam Cinta Rasul <b>di</b> Dataran Merdeka - umno bahagian <b>cheras</b> <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 11:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Malam Cinta Rasul yang telah berjaya menarik seramai lebih 10,000 pengunjung di Stadium Badminton Cheras pada Januari 2013 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 23 Mac ini bertempat di Dataran Merdeka.

Burger & Roti John Terbaik <b>di Cheras</b> | Santai Leeza

Posted: 28 Feb 2013 05:30 PM PST

Sepanjang pengalaman leeza lepak makan di serata ibu kota ni, leeza berpendapat burger dan roti john yang paling terbaik adalah di Taman Len Sen, Cheras. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik. Tahap terbaik tu leeza bagi 10/10 bintang !!
Burger Double kepunyaan Hero Leeza

     Servis memang SANGAT BAIK. Yang paling best, boleh call pak cik ni order then lepas tu datang pick up order. Menarik kan, tak payah susah-susah nak tunggu. 
     Boleh makan kat kedai tu tapi pilihan air hanya ada air gas jer dan suasana agak romantik (maksudnya tak lah terang-benderang suasananya).
     Sepanjang pemerhatian leeza, selalunya memang ramai orang lah beli kat kedai pak cik ni. Tapi tak lah sampai orang beratur panjang, macam nak beli burger bakar. Heeeee..... So kalau anda semua tinggal berdekatan, bolehlah cuba burger, roti john dan seangkatan dengannya di kedai pak cik yang tidak leeza ketahui namanya ini. he he he
Roti John Milik Leeza ~ Perghhh
Area Taman Len Sen, Dekat dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik, Ada Petronas berdekatan kedai pak cik tu dan berhadapan dengan gerai buah-buahan.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza terasa nak pergi serbu kedai pak cik ni lah... Ouch.... Yummie nyer..
 

WANITA CINA DITIKAM <b>DI</b> LRT <b>CHERAS</b>... ADA KAITAN DENGAN <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 11:15 PM PST


Seorang wanita Cina dilaporkan telah ditikam di paha dan badannya. Wanita Cina itu bagaimanapun, berjaya memandu ke sebuah klinik sebelum pengsan.

Insiden tersebut merupakan satu lagi serangan terhadap wanita yang berjalan bersendirian.

Chin Suet Fong yang mengalami kecederaan pada Khamis lalu, terpaksa dimasukkan ke ICU selama tiga hari di sebuah hospital swasta di Cheras selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Mangsa yang berusia 39 tahun, kini telah dipindahkan ke wad biasa pada Ahad lalu di mana dia sekarang sedang berehat.

Chin Suet Fong merupakan bertugas sebagai setiausaha di sebuah firma guaman di Mid Valley City, memberitahu dia turun dari LRT di Stesen Bandar Tun Razak pada jam 8:30 malam dan menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat parkir di kawasan stesen berkenaan.

Ketika sedang menuju ke keretanya, dia melihat dua orang lelaki yang sedang bertinggung di antara selaan kereta-kereta yang sedang diparkir di sitiu. Memikirkan yang kedua-dua orang lelaki tersebut sedang cuba memecah masuk ke dalam sebuah kereta, dia berjalan pantas.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar penuh yang menutup muka, menerpa ke arahnya dan meragut beg tangannya. Chin menjerit dan cuba menarik beg tangannya. Salah seorang daripada penjenayah tersebut mengugut akan menikamnya sekiranya dia tidak menyerahkan beg tangan kepada mereka.

Chin kemudiannya ditikam sebanyak dua kali dengan pisau pada bahagian paha dan badan. Kedua-dua penjenayah tersebut segera melarikan diri apabila melihat Chin jatuh. Wanita berkenaan kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan memandu ke sebuah klinik di Taman Midah yang terletak lebih kurang 2 1/2 kilometer dari stesen LRT itu. (SUMBER)

Nampaknya, satu lagi peluang untuk DAP dan Pakatan Rakyat menghentam PDRM dan menyalahkan Melayu-Bumiputera atau lebih tepat lagi UMNO untuk insiden ini. Kit Siang akan menjadi orang terulung yang akan menyatakan, Malaysia di bawah Barisan Nasional sudah tidak selamat sehinggakan wanita Cina menjadi mangsa rompakan dan tikaman.

Namun, ada juga perkara yang perlu diperhatikan. Adakah RAPID tidak menyediakan pengawal keselamatan di stesen berkenaan, ditambah pula dengan kawasan parkir yang tidaklah begitu terang dan cerah? Kalau ada, ke mana perginya pengawal keselamatan berkenaan? Adakah pengawal keselamatan itu tertidur, terpergi ke bilik air semasa kejadian, atau sebenarnya memang RAPID tidak mempunyai BAJET untuk memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka sepertimana yang terpampang pada papan kenyataan di tempat parkir yang menyatakan, RAPID TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN DI TEMPAT PARKIR itu, kerana segala-galanya adalah di atas tanggungjawab pelanggan LRT semata-mata?

Meh kita tengok drama ini sampai ke mana panjangnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads