12 di ijok - Google Blog Search |
Fokus Parlimen Larut: Pekan <b>Ijok</b> Bakal Berwajah Baru – Perak Today Posted: 17 Feb 2013 11:51 PM PST
Disebabkan faktor geografi dan terletak di kawasan pedalaman, lebih banyak usaha perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan Parlimen Larut yang juga dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil langkah proaktif membangunkan semula pekan kecil Ijok dan Batu Kurau dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Pekan Ijok dan Batu Kurau adalah antara 14 pekan kecil di Perak yang bakal dibangunkan semula oleh kerajaan negeri dengan matlamat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan. Seiring dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir, pekan Ijok yang terletak kira-kira 40 km dari Betong, Thailand bakal berwajah baru apabila kerja membina tujuh unit kedai desa berdekatan Kampung Masjid dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2014. Selain unit kedai desa, infrastruktur lain seperti balai polis juga akan dibangunkan di pekan Ijok yang turut mendapat jolokan penduduk tempatan sebagai pekan koboi. Bagi Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, projek membangunkan semula pekan Ijok sememangnya dinanti-nantikan lebih 3,000 penduduk di situ. Katanya, seiring dengan peredaran masa, pembangunan semula pekan kecil itu akan memberi wajah baru kepada kawasan berkenaan, sekaligus berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat melalui peluang perniagaan yang ditawarkan kelak. "Dengan adanya bangunan baru dan infrastruktur asas, kawasan ini akan membangun lebih pesat selepas ini apatah lagi ia terletak tidak jauh dari Betong, Thailand. "Projek yang menelan kos kira-kira RM1.4 juta ini adalah bukti dan komitmen kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan semua pekan kecil di Perak," katanya kepada Peraktoday.com. Pelaksanaan projek itu yang sudah bermula baru-baru ini pastinya lebih menggembirakan penduduk tempatan seperti Mohd Amiruddin Mohd Murshidi, 60, dan Mat Zan Mohd Kassim, 68. Kedua-dua warga emas yang menetap di Kampung Masjid itu mengakui sudah tiba masanya pekan kecil Ijok berwajah baru dan mempunyai pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat di kawasan berkenaan. "Saya menyokong penuh usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membangunkan semula pekan Ijok ini selama ini yang agak terpinggir dari arus pembangunan. "Penduduk terpaksa ke bandar berdekatan seperti Taiping untuk mengeluarkan wang di bank atau menyelesaikan urusan berkaitan kerajaan. "Oleh itu, kami di sini amat berharap agar kemudahan perbankan dan urusan pos dapat diperkenalkan di pekan Ijok selepas ini," kata Mohd Amiruddin lagi. Tambah Mat Zan pula, usaha kerajaan negeri membangunkan semula pekan Ijok amat dihargai warga tempatan kerana bakal membawa pembangunan lebih pesat di kawasan berkenaan. "Melalui projek ini, taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dari segi ekonomi dan sosial. "Sudah tiba masanya pekan koboi ini berwajah baru dan hasil usaha Adun Kubu Gajah, impian itu akan dapat direalisasikan menjelang Januari tahun depan," jelasnya dengan nada gembira. |
You are subscribed to email updates from di ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan