Sabtu, 23 Mac 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Surau <b>di Kapar</b> KENA TEMBAK, 10 Jemaah Terkejut - Celah Gelegar

Posted: 19 Feb 2013 10:24 PM PST


SHAH ALAM - Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.
Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surau itu.
"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'.
"Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap jemaah.

Ketika ditanya sama ada tembakan disasarkan terhadap individu tertentu yang berada dalam surau, beliau berkata, motif tembakan masih dalam siasatan.

"Keterangan 10 jemaah sudah direkodkan bagi membantu siasatan. Motif sebenar tembakan itu masih belum dapat dipastikan," kata beliau.

Mohamad Shukor berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di lokasi berhampiran surau berkenaan tidak dapat merekodkan insiden tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960

teganuku: Renjatan Elektrik - Pelajar Tingkatan 3 Maut <b>Di Kapar</b>

Posted: 27 Feb 2013 04:05 PM PST

Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di Kapar semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu.

Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.

Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.

Kosmo!

Belantan: Rani Mukherjee tak peduli jalan gelap <b>di Meru</b> undang <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 07:42 AM PST



Meru, Klang - Jalan utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar di sini berubah menjadi antara zon berbahaya apabila sering berlaku kemalangan terutamanya pada waktu malam.

Semuanya akibat lampu jalan yang tidak berfungsi di kawasan tersebut sejak empat bulan lalu tanpa sebarang usaha penyelenggaraan dilakukan oleh pihak berwajib.

Tinjauan wartawan mendapati terdapat lebih 20 lampu jalan di kawasan berkenaan namun kesemuanya terpacak sekadar hiasan. Keadaan lebih diburukkan lagi apabila keadaan jalan di kawasan itu tidak rata dan mendedahkan pengguna kepada risiko bahaya.

Selain itu, ketiadaan pembahagi jalan di kiri dan kanan laluan tersebut mengakibatkan ramai penunggang motosikal terbabas ke dalam longkang sedalam satu meter yang berada di situ.

Rata-rata pengguna jalan tersebut melahirkan rasa kesal terhadap pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang gagal melaksanakan kerja-kerja memperbaiki lampu-lampu jalan dan menurap semula jalan di kawasan itu.

Ketiadaan penghadang jalan di kiri dan kanan di Jalan Utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar Klang, Selangor menambah kengerian pengguna jalan tersebut.

Seorang pekerja swasta, Mohamad Hafiz Mat Diah, 28, mengakui pernah melihat sendiri kejadian seorang penunggang motosikal jatuh kerana hilang kawalan ketika melalui laluan yang tidak rata itu.

"Nasib baik penunggang motosikal berkenaan tidak tercampak ke tengah jalan kerana dalam keadaan yang gelap, ada kemungkinan penunggang itu dirempuh oleh kenderaan lain yang datang dari belakang.

"Sudah tiba masanya MPK memandang serius masalah lampu jalan yang telah lama rosak di sini demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai pengguna menjadi mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Fathan Farid Fauzi, 18 yang sering menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja berkata, lampu jalan di kawasan itu amat diperlukan kerana laluan berkenaan merupakan penghubung utama pekan Meru dan Kapar.

"Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah pengguna di jalan berkenaan semakin banyak terutamanya kenderaan berat.

"Jalan ini memang sentiasa sibuk tidak kira siang atau malam," katanya.

Tambahnya, dia sentiasa bimbang melalui jalan tersebut pada waktu malam kerana terdapat banyak kenderaan berat seperti bas dan lori turut menggunakan laluan yang sama.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Norherman Baharon, 38 berkata, pihak yang bertanggungjawab diharap tidak memandang ringan terhadap keperluan pengguna untuk mendapat kemudahan lampu jalan di situ,

Katanya, ini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

"Kerajaan negeri yang kononnya terkenal sebagai kerajaan berkebajikan sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah ini.

"Saya khuatir keadaan jalan yang gelap akan mengundang kejadian tidak diingini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads