Sabtu, 23 Mac 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Coretan Ibu Aisyah...: Rest Minda <b>di Sekinchan</b>

Posted: 04 Dec 2012 09:09 PM PST

Jumaat lepas kami sekeluarga pergi berehat di Sekin Resort. Lokasinya Kampung Nelayan Sekinchan. Ownernya sama dengan owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dalam Resort ni pun ada restoran tu.. makan memang puas hati. Percutian kali ni last minute planning, pukul 12 mlm baru nak call & booking bilik. Resort ni baru beroperasi 2 bulan. Dia ada keluar Kosmo. Tu yang boleh tau tu.. Sapa kaki pancing boleh la try.. sebab ada kolam pancing yang penuh dgn ikan talapia merah & baung (kalau tak silap).. ikan yang di pancing boleh bg chef kat restoran tu masakkan.. :) Rate memancing + masak ikan tu kurang pasti coz kami xmancing pun. kami just beli makanan ikan (RM2) dan bg ikan2 tu makan.. memang best.. aisyah & adam pun teruja sgt tengok ikan2 tu berebut makan.
Kalau tgk sekeliling resort ni mmg agak tak teratur. sebab byk lg blok & bilik masih dlm pembinaan. surau, swimming pool, pusat spa, dewan, tempat jet ski semua masih dlm pembinaan.. so, next 1-2 years kena mai lagi la.. mcm best ja.. kat belakang resort ada pantai.. kat situ la nanti akan ada jet ski & spa. Menara pun ada. Boleh naik ambil gambar. :)

Keadaan bilik sgt excellent.. cukup Kemas & bersih. kami ambik Family Room. Sangat luas dan selesa. 1 double bed + 2 single. aisyah & adam dapat katil sorang satu.. depa memang suka la.. Bilik air pun besar. Berbaloi la ambik bilik tu.. :)
 
 Salah satu tarikan resort ni restoran ikan bakarnya.. orang luar pun ramai yg datang mkn kat situ.. Dia buka dari pagi hingga 12 mlm.. Biasanya kita akan mkn mlm je kalau restoran ikan bakar lain.. tapi kat sini kita boleh mkn ikan bakar dari pagi sampai mlm. Pilih ikan & order je. ikan tu selain bakar, 3 rasa, goreng tepung, kita juga boleh order masak kari, gulai lemak, lemak cili api dll.. Menu lunch kami : kari sembilang + kailan ikan masin + sup sayur. dinner pulak : kerapu 3 rasa + ikan bakar + sotong grg tepung.. marvelous!
 
Check out Sabtu.. On the way balik singgah kat Chendol Bakar Drive Thru. Order 2 Cendol VIP.. Boleh tahan la rasanya.. pastu drive terus balik Putrajaya... :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads