Sabtu, 23 Mac 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Langat</b>, Sepang | MyNewsHub

Posted: 21 Mar 2013 01:07 AM PDT


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Langat, Sepang dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja yang akan dilakukan pihak ketiga pada 26 dan 27 Mac ini

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air di Kuala Langat dijangka berlaku pada Selasa ini bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

"Kawasan terlibat adalah Kampung Olak Lempit, Kampung Bukit Changgang, Kampung Labohan Dagang, Selangor Dredging, Taman Changgang Jaya, Kompleks Perabot Olak Lempit, RTB Bukit Changgang, Bandar Seri Ehsan, Bandar Mahkota, Bandar Sungai Emas dan Taman Arked.

"Turut terjejas Taman Ambar, Taman Sri Dagang, Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Murnimaa membabitkan 8,056 akaun pengguna manakala kawasan Sepang yang dijangka terjejas adalah Kampung Kolam Air Orang Asli, Bukit Bangkong dan Dengkil melibatkan 104 akaun pengguna," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, gangguan bekalan air bersih turut dijangka berlaku di seluruh kawasan Pandan Jaya di sini pada 26 Mac ini bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi keesokannya (27 Mac 2013) membabitkan 5,702 akaun pengguna.

Justeru beliau menasihatkan pengguna terlibat supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Tambah beliau, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads