12 di shah alam - Google Blog Search |
- 8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> - KeadilanDaily.com
- Kumpulan Samun ATM Kembali Mengganas <b>Di Shah Alam</b> - Tv3
- Kelab Malam <b>di Shah Alam</b>. | Ameno World
8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> - KeadilanDaily.com Posted: 18 Mar 2013 08:34 PM PDT SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran Cendekia dalam kampus berkenaan. Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM kira-kira jam 9.15 malam tadi. "Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus. "Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini. "Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut ditahan," katanya. Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM Shah Alam. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47756 |
Kumpulan Samun ATM Kembali Mengganas <b>Di Shah Alam</b> - Tv3 Posted: 15 Mar 2013 01:16 AM PDT 15/03/2013 16:16:00 Selepas senyap seketika, kumpulan samun mesin pengeluaran wang automatik mengganas lagi. Kali ini mesin ATM di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor jadi sasaran dan wang tunai dianggarkan RM87,000 dilarikan. Kejadian di Seksyen 26, Kota Kemuning ini disedari kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika pekerja pasar raya terbabit mahu memulakan perniagaan. Penjenayah yang lebih daripada seorang itu dipercayai memecah masuk di pintu belakang premis. Siasatan mendapati penjenayah menyembur warna pada semua kamera litar tertutup CCTV yang dipasang sekitar pasar raya. Pasukan forensik turut menemui kesan tebukan menggunakan Gas Oxy pada mesin ATM. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan kejadian dan berkata usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan. |
Kelab Malam <b>di Shah Alam</b>. | Ameno World Posted: 22 Dec 2012 04:44 AM PST Di malaysia, kat mana2 pun ada kelab malam. Dulu, kelab malam betul2 depan rumah aku. Setakat orang mabuk2 tue bersepah dah aku jumpa. Sekali dengan member2 aku mabuk sakan kat situ. Yang bekerja pun ada. Demm. kah kah kah Sekarang neh tv3 dok jaja isu kelab malam di shah alam. Isunya ialah shah alam tak pernah ada kelab malam. Shah alam membawa imej sebuah bandaraya yang ala2 islamik. Jadi kewujudan kelab malam disitu akan menjejaskan imej bandaraya islamik shah alam itu sendiri. Kelab malam yang beroperasi tanpa lesen neh telah diketahui oleh MBSA. Bahkan saman telah dikeluarkan oleh MBSA kepada kelab malam tersebut namun MBSA belum mengambil apa2 tindakan untuk menghentikan operasi perniagaan tersebut. Kata MBSA mereka sedang meneliti wujudnya komplikasi dari segi undang2. Beroperasi tanpa lesen yang sah [sesuai dengan jenis perniagaan] itu maksudnya perniagaan tersebut telah melanggar undang2. Dan MBSA kata mereka risau wujudnya komplikasi dari segi undang2 jika arahkan premis tersebut hentikan perniagaan mereka? Owh oke. Kita risau nak bertindak ke atas seseorang yang langgar undang2 kerana mungkin wujudnya konflik undang2 pula terhadap kita? Heh. Itu satu. Yang kedua ialah MBSA + Datuk Bandar = boleh menyelesaikan kes tanpa memerlukan khalid samad untuk campurtangan. Maksudnya kat sini ialah kuasa dalam tangan mereka. With or without khalid samad pun bila2 masa dorang boleh melakukan apa2 operasi dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka tak selesaikan permasalahan tersebut? Ataupun.. memang ada seseorang dari pakatan rakyat yang terlibat dalam kelulusan premis perniagaan tersebut tanpa disedari oleh rakan2 dari pkr dan pas? Aku terlupa taip salah satu nama parti ke? Heh. Yang aku pelik umno kemain menjaja isu kelab malam di shah alam. Konon nya tak islamik lagi la shah alam dengan kewujudan kelab malam tersebut. Bagus. Bagus sungguh usaha umno. Aku puji. Selain di shah alam, sila pergi buat roadshow satu malaysia mengenai isu kelab malam. Bukan apa, setahu aku, umno cakap malaysia ialah negara islam. Seperti mana umno mempertahankan shah alam atas sebab ia "islamik" seperti itulah malaysia harus dipertahankan kerana ciri2 islamik nya juga menyebabkan ia dikenal sebagai negara islam kan? Ada kelab malam di shah alam, ia bukan islamik dah. Jadi jika ada kelab malam di malaysia, kita pun bukan negara islam dah. Jadi selepas di shah alam, sila pergi bersihkan kelab malam di kawasan lain juga. Kita harus mengembalikan shah alam kepada sebuah bandaraya islamik seperti mana kita harus mengembalikan malaysia kepada sebuah negara islam kan umno kan? Aku tunggu. Aku tunggu pejuang islam bersihkan kelab malam di seluruh malaysia. Atau, hanya shah alam je yang korang nampak? |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan