Rabu, 5 Oktober 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gerakan Politik Kiri <b>di Hulu Langat</b>, 1946-1948 « Warung Idea Diskopi

Posted: 04 Oct 2011 07:53 PM PDT

Oleh Dr. Mohamed Salleh Lamry

Pendahuluan

Mengikut versi sejarah arus perdana atau versi sejarah "rasmi", perjuangan untuk mencapai kemerdekaan di Malaysia biasanya dikatakan bermula dengan penubuhan UMNO dan penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada tahun 1946.  Setelah berjaya menghapuskan Malayan Union, UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC  mengadakan perundingan dengan kerajaan Bristish untuk mendapatkan kemerdekaan, dan kemerdekaan diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam keadaan aman damai pada tahun 1957.  Tersirat dalam versi sejarah arus perdana ini seolah-olah UMNO-lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.
Versi sejarah arus perdana ini sekurang-kurangnya salah dari dua segi.  Pertama, salah dari segi tarikh permulaan perjuangan kemerdekaan.  Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan bukan bermula pada tahun 1946, tetapi jauh lebih awal daripada itu.  Kalau penentangan pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan tidak kita masukkan dalam perbincangan ini, kita harus mengakui bahawa perjuangan untuk mencapai kemerdekaan sudah pun bermula selewat-lewatnya pada tahun 1938, dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Kedua, salah dari segi parti yang mempelopori atau yang terawal memperjuangkan kemerdekaan.  Yang sebenarnya KMM-lah parti yang mempelopori perjuangan kemerdekaan; bukan UMNO dengan rakan-rakannya MCA dan MIC.  Perjuangan KMM kemudian disambung oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1945.  Dengan itu versi sejarah arus perdana ini seolah-olah tidak mengiktiraf peranan KMM dan PKMM, yang biasanya diistilahkan sebagai "gerakan kiri" dalam perjuangan kemerdekaan.

Oleh yang demikian, sebagai koreksi kepada versi sejarah arus perdana ini, sudah sampailah masanya kita memperkenalkan dan membincangkan peranan gerakan kiri pula dalam perjuangan kemerdekaan.  Walaupun gerakan kiri bukan gerakan yang berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi gerakan kiri ialah gerakan yang mempelopori dan ikut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.  Oleh itu  peranan gerakan kiri juga wajar diberi pengiktirafan.

Gerakan politik kiri bukan saja wujud pada peringkat nasional atau peringkat negara Malaysia, tetapi juga pada peringkat tempatan (daerah dan kampung).  Gerakan politik kiri pada peringkat nasional, sudah banyak dikaji dan dibincangkan (lihat misalnya Ramlah Adam 2004; Mohamed Salleh Lamry 2006).  Oleh itu, sudahlah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada gerakan politik kiri pada peringkat tempatan (daerah dan kampung) pula.

Sehubungan itu, makalah ini ingin meninjaugerakan politik kiri pada peringkat daerah Hulu Langat dan kampung Jenderam, iaitu daerah dan kampung di mana gerakan politik kiri yang aktif telah wujud antara tahun 1946 hingga 1948 dahulu.

Gerakan Politik Kiri di Hulu Langat

Ahmad Boestamam (1972: 78-79) ada mencatatkan dalam memoirnya, "Memang  Ulu (Hulu) Langat punya keistimewaan sepanjang yang berkaitan dengan gerakan kiri dulu.  Bukan saja BATAS kuat di sana bahkan API, AWAS dan PKMM juga."  Catatan Ahmad Boestamam ini menunjukkan bahawa gerakan politik kiri memang  pernah muncul dan berkembang di Hulu Langat.

Berdasarkan pemerhatian, gerakan politik kiri dipercayai mudah muncul dan berkembang di Hulu Langat kerana beberapa faktor, yang antaranya adalah seperti di bawah ini.

Pertama, kedudukan daerah Hulu Langat yang agak hampir dengan Kuala Lumpur,  pusat gerakan politik sejak sebelum perang dunia kedua lagi.  Ini memudahkan pemimpin pusat gerakan kiri yang tinggal di Kuala Lumpur berkunjung ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu.  Oleh itu, penduduk Hulu Langat mudah melibatkan diri dengan gerakan kiri sejak permulaannya lagi.  Misalnya, pada tahun 1938, apabila KMM ditubuhkan, sudah ada penduduk Hulu Langat yang menyertainya.  Salah seorang daripada mereka ialah Bakar Jali yang kemudiannya menjadi ketua PKMM kampung Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78).

Kedua, penduduk daerah Hulu Langat umumnya terdiri daripada orang-orang keturunan Indonesia, seperti juga pemimpin utama gerakan kiri.  Mereka umumnya masih mempunyai hubungan dengan keluarga mereka di Indonesia, dan berminat terhadap gerakan politik radikal seperti yang terdapatdi Indonesia (Mohd.Nor Mohd. Amin 1977/78).  Ini memudahkan mereka menyokong gerakan politik kiri, apabila pemimpin dari pusat, yang umumnya terdiri daripada orang-orang ketururan Indonesia datang ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu.

Ketiga, bagi sesetengah kampung, seperti kampung Jenderam yang penglibatan politik penduduknya akan dihuraikan di bawah ini, pengaruh Indonesia memang begitu jelas, dan merupakan faktor utama yang memungkinkan gerakan politik kiri berkembang di kampung itu.  Kebetulan pengaruh dari Indonesia ini memang ditekankan oleh Stockwell (1979) sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan politik radikal Melayu (gerakan kiri Melayu) di Malaya antara tahun 1945-1948.

Keempat, di daerah Hulu Langat telah muncul beberapa orang pemimpin gerakan  kiri yang aktif dan berkebolehan, yang namanya dinyatakan di bawah ini.

Kelima, yang tidak kurang pentingnya ialah Kajang, ibu daerah Hulu Langat, telah dijadikan ibu pejabat PKMM Selangor setelah berlaku perpecahan dalam PKMM antara kumpulan yang menyokong Dato Onn dengan kumpulan yang menyokong Dr.Burhanuddin dalam isu penentangan terhadap Malayan Union.  Ibu pejabat PKMM Selangoritu terletak di No. 24, Main Street, Kajang (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 45)

Selepas itu, Kajang telah dipilih sebagai tempat kongres dan mesyuarat penting gerakan kiri.  Misalnya, pada bulan Oktober 1946, kongres pertama AWAS dan BATAS Malaya telah diadakan di panggung wayang Sun, Kajang.  Kongres AWAS itu mencatat sejarah, kerana dalam kongres itulah untuk pertama kalinya Kamarulzaman Teh, Ketua API Pahang yang juga seorang tokoh komunis Melayu di negeri itu,  menyatakan secara terbuka bahawa ia berucap sebagai wakil PKM (Shamsiah Fakeh, 2004: 46; Mohamed SallehLamry, 2006: 108).

Pada tahun 1947 pula, ketika PKMM mengadakan kongresnya yang ketiga di Singapura, para perwakilan dari Zon Utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang) dan Zon Barat (Perak, Selangor dan Negeri Semblan) telah bertemu di Kajang untuk mengadakan mesyuarat persiapan bagi menghadiri kongres tersebut.  Jaafar Husin (1989: 40) perwakilan dari Pahang yang turut sama singgah di Kajang mencatatkan, "Kongres di adakan di tingkat atas sebuah kedai mamak dan barangkalinya menjadi Pejabat Parti Bahagian Kajang".

Peranan Kajang sebagai Ibu Pejabat PKMM Selangor dan tempat kegiatan penting seperti mesyuarat dan kongres ini tentu ada pengaruhnya terhadap perkembangan  gerakan politik kiri di daerah Hulu Langat.

Oleh yang demikian, mulai awal tahun 1946 di kampung-kampung yang ramai penduduknya dan mempunyai orang-orang yang berkebolehan untuk memainkan peranan sebagai pemimpin, lahirlah cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS.  Walaupun kita tidak memperoleh senarai kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri, tetapi antara kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri yang kuat termasuklah Sungai Long, Bukit Raya, Sungai Serai dan Jenderam (temu ramah dengan Yahya Nasim, 25 Jun 2008).

Kemunculan cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS di daerah Hulu Langat boleh dikatakan seiring dengan kemunculan pemimpin-peinimpin yang aktif, yang menggerakkan organisasi tersebut.  Di sini pun kita tidak mempunyai rekod yang lengkap tentang siapa mereka dan ciri-ciri mereka.  Namun, kemudiannya ada beberapa orang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan yang agak tinggi, bukan saja pada peringkat cawangan, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan negeri, dan kerana itu boleh diiktiraf sebagai pemimpin yang lebih penting.

Dari kalangan pemimpin PKMM, salah seorang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan penting ialah Yahya Nasim.  Di samping menjadi Ketua PKMM Hulu Langat, dia juga menjadi Ketua PKMM Selangor dan menjadi Penolong Bendahari PKMM Pusat.  Beberapa orang pemimpin PKMM dari Hulu Langat juga memegang jawatan pimpinan pada peringkat negeri Selangor, iaitu Bakar Jali (Ketua 2), Nawawi Haji Abdul Hamid (Setiausaha), Kassim Haji Sirat (Bendahari), Ustaz Yunus Yatimi (Badan Penerangan), Mustafa Yunus (Ahli Jawatankuasa) dan Sulaiman  Pandita (Ahli Jawatan kuasa).

Dari kalangan pemimpin API, yang paling terkemuka ialah Khidir Ibrahim.  Dia menjadi Ketua API Hulu Langat, di samping menjadi salah seorang pemimpin API Selangor.

Bagi organisasi AWAS pula, salah seorang pemimpinnya yang terpenting ialah Aishah Haji Hussain yang berasal dari Hulu Langat dan pernah menjadi isteri Pak Sako (Ishak Haji Muhamad).  Ia menjadi Ketua AWAS daerah Hulu Langat dan negeri Selangor dan Bendahari AWAS Malaya.  Sementara itu, beberapa orang pemimpin AWAS dari kampung Jenderam seperti Fatimah Haji Kassim, Rosnah Mein, Mariam Jaafar, Hindon Tahir dan Zaharah Kasim, juga merangkap jawatan AJK AWAS Selangor.

Mengenai BATAS, Ahmad Boestamam (1972: 78) menganggap bahawa daerah Hulu Langat ialah kubu BATAS yang terkuat di Selangor, dan ketuanya ialah Mohamad Sharif yang menjadi orang kanan kepada Musa Ahmad, ketua BATAS Malaya.  Mungkin kerana ia berjambang, YahyaNassim (temu ramah 25 Jun 2008) menggelarnya sebagai "Sharif Jambang".

Dalam tempoh kewujudannya yang agak singkat, dari tahun 1946 hingga 1948,  mungkin tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan oleh cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS daerah Hulu Langat.  Namun, beberapa akivitinya yang penting boleh disenaraikan seperti di bawah ini.

Pertama, menerima kedatangan pemimpin atau tokoh dari luar dan mendengar ceramah yang diberikan oleh pemimpin tersebut.  Misalnya, pemimpin pusat seperti Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Wahi Anuar, Musa Ahmad, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Zainab Mahmud dikatakan sering berkunjung ke kampung Jenderam, salah sebuah pusat gerakan kiri yang terkuat di daerah Hulu Langat.  Kedatangan mereka disambut dengan kemesraan oleh penduduk kampung tersebut (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 48-49).

Kedua,
 mengadakan latihan ketenteraan untuk anggota API dan anggota PKMM serta AWAS yang terpilih.  Sebagaimana yang dilaporkan oleh pusat perisikan British (Ramlah Adam, 2004:224) di Hulu Langat terdapat sebuah pusat latihan ketenteraan API, selain daripada sebuah pusat lain di Singapura, dan pusat latihan tetap dan utama di Taboh Naning, Alor Gajah dan Tanjong Bidara, Melaka.

Berdasarkan pengalaman Aishah Haji Khatib, bekas Ketua AWAS Cawangan Bukit Raya yang diceritakannya kepada Aishah Ghani, Aishah Ghani (1992:33)  menceritakan dalam memoirnya bahawa orang yang menyertai latihan itu,

"… dibawa ke dalam hutan untuk menjalani latihan menggunakan senjata api dan menghadiri kursus-kursus sulit yang juga diadakan dalam hutan Sungai Long tidak berapa jauh dari Kampung Batu 10… Setelah berlatih selama dua minggu mereka balik semula ke kampung.  Latihan-latihan itu berjalan berterusan dari semasa ke semasa."

Ketiga, mengadakan Kongres Tani secara besar-besaran di kampung Jenderam pada 28 Mei 1948, tiga minggu sebelum Undang-Undang Darurat diisytiharkan.  Walaupun kongres ini tidak dinamakan kongres nasional, tetapi ia dihadiri oleh pemimpin gerakan kiri yang penting, seperti Dr.Burhanuddin, Abdullah C.D. dan Shamsiah Fakeh.  Bersempena dengan kongres itu, satu perarakan BarisanTani yang mengandungi kira-kira 700 orang telah diadakan dari masjid kampung Jenderam selepas sembahyang Jumaat.  Bendera "merah putih" dan "bendera rakyat" turut dikibarkan dalam perarakan itu.

Kongres Tani itu dikatakan bermula pada pukul tiga petang dan didahului oleh ucapan oleh beberapa orang wakil badan-badan progresif, termasuk Parti Buruh dan Pembantu Indonesia Merdeka (PIM).  Kongres berakhir pada pukul lima petang.  Pada sebelah malamnya telah diadakan pertunjukan sandiwara yang bertemakan semangat  perjuangan oleh anggota PETA (Ikatan PemudaTanah Air) cawangan Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin 1977/78: 49).

Apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948, dan berikutan dengan itu parti-parti kiri diharamkan oleh kerajaan penjajah Inggeris, beberapa orang pemimpin dan anggota gerakan kiri dari daerah Hulu Langat telah menyertai perang gerila yang diterajui oleh PKM.  Antara mereka termasuklah Khidir Ibrahim, Ketua API Hulu Langat yang terkorban di Hulu Selangor (Ahmad Boestamam 1972: 79) dan Aishah Haji Khatib, Ketua AWAS Bukit Raya, Hulu Langat, yang kisah perjuangannya diceritakan dengan panjang lebar oleh Aishah Ghani dalam memoirnya (1992: 32-35).

Bagaimanapun, berbanding dengan penduduk kampung lain, penduduk kampung  Jenderamlah yang paling ramai menyertai perang gerila itu.  Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam.  Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia

SSIC : Telok Panglima Garang Kawasan Perindustrian Baru Tarikan <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:01 PM PDT

MORIB 5, OKTOBER : Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang adalah merupakan sebuah kawasan perindustrian yang popular di Negeri Selangor kerana pelabur-pelabur berpuashati dengan pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah Kuala Langat) yang berjaya memberikan kelulusan permohonan dengan cepat dan pantas.

Pengerusi Eksekutif Selangor State Investment Centre (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali juga berkata perluasan Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang  perlu difikirkan bersama bagi memastikan pelabur-pelabur dalam dan luar negara dapat menambah atau membuka perindustrian yang baru dan `Buffer Zone' perlu diambilkira untuk memastikan kawasan sekitarnya tidak timbul sebarang masalah akibat perluasan kawasan tersebut.

"Majlis Daerah Kuala Langat juga merupakan sebuah pihak Majlis yang terbaik dalam memberikan kelulusan Permohonan Pelan, Kebenaran Merancang (KM) dan sebagainya dengan begitu cepat sekali. Ini dapat diukur dimana Negara Jerman sendiri tidak dapat memberikan kelulusan yang begitu cepat sekali.

Dengan adanya sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa menjaga perkhidmatan mereka, ini secara tidak langsung antara daya tarikan pelabur-pelabur dalam dan luar negara menambah pelaburan atau membuka operasi baru mereka di sini," katanya semasa Majlis Ramah Mesra IPMC 2011.

Beliau juga berkata, pelabur-pelabur kini  mengalihkan perhatian mereka ke Daerah Kuala Langat dan Sepang. Sehubungan itu beliau mengingatkan agar kedua-dua PBT ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik lebih ramai lagi pelabur ke daerah ini.

Berucap di majlis yang sama, Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat, Abdul Razak berkata, bagi memastikan pelabur-pelabur ini mendapat perkhidmatan yang terbaik yang disediakan, dua buah Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri Daerah Kuala Langat (IPMC) telah di tubuhkan yang melibatkan kawasan IPMC Telok panglima Garang dan IPMC Tanjung Duabelas dengan dianggotai sebanyak 16 buah kilang keseluruhannya.

Beliau juga berkata, perindustrian merupakan sebuah sektor yang amat berkait rapat dengan pembangunan sosial dan ekonomi serta alam sekitar yang mana ianya mesti disepadukan supaya keperluan manusia dapat dipenuhi secara seimbang.

"Akan tetapi, ianya juga perlu menekankan keperluan jangka panjang dan juga keperluan sekarang tanpa mengabaikan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Secara perkaitannya, syarikat yang terlibat dalam aktiviti CSR akan menikmati manfaat daripada usaha murni ini dalam jangka masa panjang, di samping memberi sumbangan ke arah kesejahteraan masyarakat," katanya.

Sebagai permulaan, MDKL merancang untuk memperkukuhkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pekilang-pekilang dengan menekankan aspek-aspek pembangunan infrastruktur dan pembangunan elemen lanskap yang mana ianya memberi faedah besar kepada masyarakat setempat selain memberi faedah sampingan kepada pekilang-pekilang.

Dengan adanya program seumpama ini kita dapat  mengeratkan hubungan dua hala atau perkongsian pintar (smart- partnership) di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pelabur-pelabur khususnya pekilang-pekilang di bawah Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri di Daerah Kuala Langat.

Turut hadir di majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Langat, Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Adun Sijangkang, Yang Berhormat Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, SSIC, MIDA, IPMC serta Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Kuala Langat.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


CABARAN BERMULA <b>DI KELANA JAYA</b> « Blog Ittewww

Posted: 03 Oct 2011 09:04 PM PDT

Pendaftaran sepatutnya pukul 9.30mlm. Haku tiba kat parking Kompleks Tabung Haji dah nak magrib.

Olehkerana terlampau ramai org haku terlepas pendaftaran nak amek beg sandang, name tag dan barang2 hadiah. Tapi kesemua barang2 tersebut setelah proses check in dalam dewan seblom berangkat naik bas.

Kalo nak dapat duduk di bas no. 1 dan tak payah beratur panjang dan lama masa proses check-in, silalah guna teory FRH yg kawan seopis haku bagitau. Sila letakkan beg besar paling hadapan sekali sblom checkin semasa menyusun beg2 besar diluar pintu masuk. Kalo nak potong Q pon boleh. *Senyum.

Naik bas kul 10.30 malam dan berlepas secara convoy ke KLIA.

Dari KLIA menaiki pesawat Saudi Airlines 747-400 jam 1.30pagi terus ke Madinah al-Munawarah. Bersyukur kerana tidak perlu mendarat di Jeddah dan terpaksa menaiki bas yg jauhnya perjalanan selama 8 jam.

Di KLIA haku berjumpa dengan bekas tuan tanah yg haku penah beli beberapa tahun dulu. Sebenarnya haku dah perasan lama dari masa taklimat terakhir di Masjid Abu Bakar lagi, tapi takut nak tegur (takut tersalah orang).

SOALAN AHLI PARLIMEN <b>DI</b> <b>...</b> - Gwo-Burne for <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:14 AM PDT

SOALAN LISAN

1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran masa dan kos untuk mengamalkan sistem pilihan raya melalui pengundian biometrik berbanding dengan dakwat kekal.

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dasar kerajaan berkenaan pengecualian cukai dan duti eksais kereta hybrid selepas Disember 2011 serta permit, cukai jalan, cukai import dan duti eksais motosikal elektrik.

3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha bagi memastikan belia sentiasa kompetitif  daripada segi ekonomi dan mentaliti.

4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan Peguam Negara terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011 bertajuk 'Kristian Agama Rasmi'.

5.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang diambil dalam mengurangkan kos sewa kediaman, kos baikpulih serta bil elektrik dan air bagi kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

6.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan terhadap dakwaan beberapa bekas tentera mengenai arahan yang mereka terima untuk membuang undi bagi pihak anggota-anggota tentera.

7.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan laporan kewangan Perbelanjaan dan Pendapatan Sukan Komanwel 1998 oleh Sukom Ninety Eight Berhad.

8.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM dan Panel Penilaian Operasi mengenai dakwaan bahawa Menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menghantar dana RM10 juta melalui perkhidmatan pengurup wang.

9.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR menyatakan perkembangan dan tindakan susulan kerajaan dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008.

10.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian anggota polis ketika mengiringi orang kenamaan sejak 2000-2010.

SOALAN BERTULIS
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha kerajaan melalui perlembagaan untuk mengamalkan doktrin pembahagian kuasa secara menyeluruh dalam mengekang salahguna kuasa dan apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia jika berlakunya despostisme.

2.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah sasaran untuk pasukan bolasepak Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha kerajaan untuk melahirkan bakat-bakat muda sukan permotoran.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha kerajaan dalam memastikan nasib pembeli, pemilik dan penyewa rumah dibela dan sama ada terdapat rancangan untuk menubuhkan tribunal perumahan.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan USM sebagai sebuah universiti APEX dalam QS World University Rankings adalah serta langkah bagi memastikan projek universiti APEX ini berjaya dan meningkatkan kedudukannya di tahap dunia.

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.

(Menteri Luar)

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Polis ganggu pelancaran Demi Rakyat <b>di Petaling Jaya</b> Selatan <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN kesal kerana Umno memperalatkan polis bagi membuat gangguan dengan mengepung lokasi dijadual berlangsung pelancaran bilik gerakan Demi Rakyat di Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) kelmarin.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, sekurang-kurangnya 250 anggota bersama kumpulan n Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat membuat kepungan bagi menghalang program di Taman Medan itu.

"Sepatutnya program ceramah dan pelancaran bermula jam 9 malam tetapi polis terlebih dulu mengepung lokasi berkenaan.

"Akibatnya, restoran berdekatan mengalami kerugian kerana pelanggan tak datang. Pengurusan restoran ada beritahu, kemungkinan mahu saman pihak berkuasa," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Latheefa berkata, polis tetap berkeras enggan membatalkan kepungan itu walaupun pemimpin parti cuba mengajak pihak berkuasa itu untuk berbincang.

"Pengarah pilihan raya Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS), Maharul Ismail cuba berbincang tetapi mereka berkeras tidak benarkan ceramah dijalankan.

"Polis cuma benarkan 30 orang bagi majlis pelancaran. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Adun Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hanya mengedar pen Demi Rakyat kepada orang ramai," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17961

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Letupan <b>Di</b> Pusat Beli Belah <b>Subang Jaya</b>?

Posted: 27 Sep 2011 09:03 PM PDT

Posted on September 28, 2011 | Category: Dalam Negara


KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya. -Mstar

» Filed Under Dalam Negara


Leave a Reply

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Jamuan Hari Raya Pemuda/puteri hulu Selangor <b>di Kuala Kubu</b> Bharu <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 12:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jamuan Hari Raya Pemuda/puteri hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu. by Dato' Mohamed Idris Abu Bakar · Image. Sent from my iPhone. Tweet. Posted from Kuala Kubu Bahru, Malaysia. Posted from. Kuala Kubu Bahru, Malaysia ...

Selasa, 4 Oktober 2011

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


BERITA Ahli Perniagaan Ditikam <b>Di</b> Hadapan Rumah, <b>Cheras</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 11:24 AM PDT

Seorang ahli perniagaan di temui mati di percayai di bunuh dalam satu kejadian cubaan samun di Jalan Mutiara Timur 4, Cheras, di ibu negara, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10:45 malam itu, mangsa dilaporkan sempat menjerit meminta tolong, selepas dipercayai cuba disamun.

Mangsa yang berusia 25 tahun berasal dari Johor, dipercayai cuba melarikan diri.

Bagaimana pun, beliau rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak kira-kira 60 meter dari rumahnya.

Jiran yang mendengar jeritan mangsa kemudiannya menemui mangsa terbaring berlumuran darah akibat tikaman di dada kanan.

Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati barangan berharga milik mangsa masih ada.

Polis masih menjalankan siasatan, motif dan punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, di minta tampil membantu siasatan.

sumber

Related Posts via Categories

Related posts via Matching:

  1. (BERITA) Gambar Anak Polis Mati Jatuh Kuarters di Marang | Kanak-Kanak Sindrom Down

  2. (BERITA) Gambar dan Kisah Orang Minyak di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak

  3. (BERITA) Gambar Pagar Rumah Mat Sabu yang Terbakar Dibaling Bom Petrol

  4. (BERITA) Gambar Kebakaran 5 Rumah Kedai di Pelabuhan Klang

  5. (BERITA) Gambar Sekitar Kemalangan Maut Datuk Awang Jabar, Tokoh Veteren UMNO Terengganu

  6. (BERITA) Gambar & Senarai Nama Mangsa Maut & Cedera Van dihempap Pokok pada 11/9/2011 di Perlis

  7. (BERITA) Tiga Maut Di Lebuh Raya Utara Selatan

  8. (BERITA) Kemalangan Maut Terbabas & Terbakar Nor' izah Abdullah Omar

  9. (BERITA) Pelajar Kolej Swasta, Nurul Awati Mohamad Shakri Dibunuh dan Dibakar di Ampang

  10. (BERITA) Gambar Kemalangan Warga Emas, Manis Ismail Dengan Kereta Penyeludup

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


海南村 / Bagan Hailam, <b>Port Klang</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 17 Sep 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - McDonald <b>di</b> Kota Warisan

Posted: 22 Sep 2011 08:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]McDonald di Kota Warisan. Perbincangan Kota Warisan, Perbandaran baru di Bandar Baru Salak Tinggi. 30 posts • Page 3 of 3 • 1, 2, 3. Re: McDonald di Kota Warisan. Post by mfma » Fri Jul 22, 2011 1:38 pm ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR

Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.

1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)

1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,

Masa: 2.30 petang .

Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang

1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor

masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Adilla, Pengerang

2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)

2.1: Dialog Bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Felda Dengga, Sembrong

2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai

3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)

3.1: Dialog bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pejabat PKR Sekijang

3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Maokil, Pagoh

Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.

Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011

3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.

4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.

9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.

Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham

Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011

Kawasan Rompin:

2.30 petang: Felda Keratong 1

4.30 petang: Felda Keratong 8

8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.

Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.

Kawasan Bentong }

Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:

1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan

2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi

3. 12.00 t.h - di Felda Suharto

4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa

Terlibat dalam lawatan:

YB Elizabeth Wong

Haji Suhaimi Said

T. Kumar

Rebin Birham

Zabidie Abas

Man Kadir (Pak Jabit)

Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.

Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Rumah Teres 2 Tingkat <b>di</b> B.B <b>Bangi</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:24 AM PDT

Subject: Double Storey House in B.B Bangi

Bathroom: 3
Other info: Bumi Lot
Property Type: Double storey
Bedrooms: 4
Size: 3208 sq.ft.
Area: Bangi
Tenure: 91
Title type: Leasehold

Segera untuk dijual.
(alasan: pemilik akan menetap di luar negara).
-Alamat: No.1,Jalan 4/3F, Bandar Baru Bangi. Bangi Selangor.
-Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat, Lot Tepi.
-Luas tanah: 3208 k/p.
-Luas rumah: 1588 k/p.
-Kini rumah ini sedang disewa. (Penyewa bersedia keluar / sewa semula) RM1000
sebulan.
-Keadaan rumah baik dan boleh lihat bila-bila masa. (Seperti sedia ada).
-Pembeli berminat boleh hubungi saya segera atau email. (Hanya pembeli serius
sahaja) H/P: 0192203375 / email: alshabana@live.com
-Harga boleh dirunding.

Price: RM 320000

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Jangan main politik dengan Isu bekalan air <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> | Free <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 12:17 AM PDT

SURAT FMT

Dari Rakyat S'gor prihatin, melalui e-mel

Saya sebagai penduduk Selangor ingin menyokong kenyataan Setiausaha Agung FOMCA, Mohammad Shaani Abdullah, yang meminta supaya tiada percangahan kenyataan berkaitan dengan bekalan air di Selangor.

Bagi saya, SYBAS sepatutnya menjelaskan mengapa LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang bertanggungjawab terhadap bekalan air mentah mendapati bekalan air mencukupi bagi Lembah Kelang?

SYBAS juga harus menjelaskan mengapa mereka masih berdegil dengan kenyataan awal mereka yang menyatakan bekalan air di Lembah Kelang terancam.

Setahu kami rakyat Selangor ini, SYBAS cuma bertanggungjawab di atas pembersihan dan pensulingan air sahaja. Hal ehwal bekalan air terletak di bawah kuasa LUAS. Maka, LUAS lebih mengetahui keadaan sebenar bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang berbanding Sybas.

Amat dikesali pihak SYBAS cuba bermain politik dengan isu bekalan air di Selangor dan Lembah Klang. Sudah menjadi maklumat umum, SYBAS adalah syarikat yang dikuasai oleh mereka-mereka yang pro kepada Umno.

Kenyataan SYBAS yang terbaru ini jelas berbau politik dan mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta MB Selangor.

Bagi saya rakyat Selangor, kenyataan dari LUAS sudah cukup untuk memberikan saya rasa tenang terhadap keadaan bekalan air di masa hadapan.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


beritaprima.com » Rumah <b>Panjang di Sungai</b> Kapuas

Posted: 04 Oct 2011 07:39 AM PDT

Jakarta, beritaprima.com  – Rumah panjang atau betang dan lamin adalah rumah adat Suku Dayak yang panjang dan biasanya dibangun di pinggiran sungai. Jika Anda ingin menyaksikan bangunan rumah seperti ini, berkunjunglah ke Sungai Kapuas, Kalimantan Barat.

Rumah panjang terdiri lebih dari 50 ruangan dengan banyak dapur. Rumah ini dihuni oleh beberapa keluarga, termasuk keluarga inti. Bahkan rumah panjang di dataran tinggi sungai Kapuas Putussibau memiliki 54 bilik yang dihuni oleh beberapa keluarga.

Rumah panjang biasanya dibangun di atas tiang setinggi 5 sampai 8 meter seperti panggung dan ada yang panjangnya sampai 186 meter serta lebar 6 meter. Untuk masuk ke dalamnya pun harus melewati anak tangga atau yang dikenal dengan nama tangka.

Uniknya lagi, kondisi rumah ini masih sangat kokoh, meski sudah berumur ribuan tahun. Mau tahu alasannya ? Karena kayu yang dipakai untuk membangun rumah panjang adalah kayu ulin (kayu besi) yang terkenal kuat.

Ada pun rumah panjang lainnya yang tersebar di Kapuas Hulu atau di dataran tinggi Kapuas. Mulai dari Kabupaten Sunge Uluk Apalin, Melapi, Semangkok, Sungai Utik, dan di Kabupaten Bukung.

Suku Dayak merupakan suku asli Kalimantan, pulau besar yang dikenal juga dengan nama Borneo. Suku Dayak di Kalimantan menghuni dataran tinggi, pedalaman hutan, dan di sepanjang pinggiran sungai pulau ini.

Seru juga ya liburan ke rumah panjang !

Item Thumbnail

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Hulu Langat dan <b>Hulu Selangor</b> pada 23 <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 03:23 AM PDT

Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Antara pukul 9 malam pada 23 Ogos hingga 5 pagi 24 Ogos, gangguan bekalan akan berlaku di taman-taman perumahan di kawasan Kajang dan Semenyih, yang disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penyambungan paip oleh pihak ketiga di Jalan Reko, Kajang.

Syabas dalam satu kenyataan hari ini berkata gangguan juga berlaku di kawasan Hulu Selangor mulai 10 malam 25 Ogos hingga 5 pagi 26 Ogos, yang membabitkan sekitar Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas
Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK.

Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

- Bernama

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

ads