Jumaat, 14 Disember 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Berita Harian | Futsal TaHa, NSTP <b>di</b> Galaxy <b>Bangi</b>

Posted: 22 Nov 2012 02:13 PM PST

Kuala Lumpur: Kejohanan Futsal Antara Sekolah Menengah dan Antara Universiti 2012, anjuran Kelab TaHa dan TaHa@U, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BH akan berlangsung di Galaxy Futsal Bangi, pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata pelajar dan penuntut universiti yang berminat menyertai pertandingan itu masih boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa atau TaHa@U melalui kaunter yang akan dibuka pada Sabtu ini di lokasi pertandingan.

Selepas menjadi ahli kelab, barulah mereka boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana syarat utama ialah peserta perlu menjadi ahli Kelab TaHa atau TaHa@U.

Setakat ini, sebanyak 50 pasukan sudah mengesahkan penyertaan bagi kategori sekolah menengah manakala 30 pasukan bagi kategori universiti.

Kelainan pertandingan futsal anjuran Tabung Haji yang sudah masuk tahun kedua ini mewajibkan peserta memakai pakaian yang menutup aurat serta menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di dalam gelanggang, katanya.

Juara bagi kategori universiti akan membawa pulang hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala bagi kategori sekolah menengah juara mendapat RM1,500, naib juara (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Lima pasukan akan dipilih sebagai penerima hadiah sagu hati bagi setiap kategori dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM300.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads