12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
Tiga Sekeluarga Minta Kewarganegaraan Dari Mahkamah Posted: 10 Dec 2012 02:42 AM PST KUALA LUMPUR 10 DIS : Sebuah keluarga hari ini memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Permohonan yang dipercayai pertama di Malaysia itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta oleh tiga sekeluarga berbangsa India yang berasal dari Kapar, Selangor. Mereka meminta agar Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah "Mandamus" bagi mengarahkan JPN mengeluarkan MyKad bagi mengiktiraf kewarganegaraan mereka. Mereka mendakwa telah dinafikan hak untuk mendapatkan Kad Pengenalan warganegara sekalipun ketiga-tiganya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Dalam afidavit mereka, Letchumy Suppiah, 57, dan dua anaknya Mala Kothandu, 34, dan Sarojini Kothandu, 32, menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga. Sebelum ini mereka telah memohon agar diberi kewarganegaraan daripada JPN. Letchumy mendakwa beliau dilahirkan di Tanjung Sepat, Selangor pada 23 Mei, 1943 dan tinggal bersama suaminya Kothandu Perumal yang lahir di Kuala Langat, Selangor pada 1940. Suami Letchumy yang meninggal pada 16 Mac 1990, mempunyai Kad Pengenalan bernombor 400101 – 10 – 5841. Sarojini dilahirkan pada 5 Dis 1980 di Kampung Tanjung Layang, Tanjung Sepat, manakala Mala dilahirkan di Hospital Banting pada 6 Jun 1978. Manakala bapa Letchumy, Suppiah Veerasamy telah diberikan kad pengenalan kertas dengan nombor SL 517334. Bapa dan ibunya merupakan pekerja di ladang Batu Untung, Tanjung Sepat, Selangor. Tahun lepas, Letchumy telah memperoleh Kad Pemautautin Tetap setelah membuat permohonan daftar lewat Kad Pengenalan di JPN Klang. Manakala Sarojini dan Mala hanya mendapat sijil kelahiran yang menyebut kewarganegaraan "belum ditentukan" setelah membuat permohonan daftar lewat kelahiran daripada JPN. Pada 30 Julai, Letchumy telah memohon taraf kewarganegaraan daripada JPN untuk beliau dan Mala. Akan tetapi dalam jawapannya pada 29 September lalu, Ketua Pengarah JPN, mengeluarkan surat menyatakan mereka tidak berhak memohon taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Mengikut afidavit itu, surat tersebut juga menghalang Sarojini daripada memohon kewarganegaraan. Mereka diwakili peguam N. Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen. "Tanpa pengiktirafan hak kewarganegaraan, mereka terpaksa dinafikan hak menikmati pelbagai kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang bekerja. "Mereka juga berisiko ditangkap dan susah mendapatkan dokumen sivil lain seperti lesen memandu dan sijil perkahwinan. "Lebih teruk lagi, anak-anak mereka pula kini berdepan masalah kewarganegaraan," tegas Surendran. Sarojini yang berkahwin dengan lelaki Malaysia mempunyai dua anak berusia 12 dan tujuh tahun yang masing-masing dinyatakan dalam sijil kelahiran mereka sebagai 'maklumat tidak diperolehi' dan 'bukan warganegara'. "Kita pasti selepas ini, lebih ramai lagi warganegara yang dinafikan hak mereka untuk mendapat kad pengenalan akan tampil membuat permohonan sama sepertimana hari ini," tambah Surendran. |
Tanah 3 suku ekar <b>di</b> Kg Batu Laut, <b>Tanjung Sepat</b> – Land for sale <b>...</b> Posted: 08 Nov 2012 07:05 AM PST Posted on 8 Nov in Selangor Area:Tanjong Sepat Property Type:Agricultural Price:RM150 000 Size:0.75Acres Title type:Leasehold Other info:Bumi Lot Tanah 3/4 ekar di lot 2769, Kg Batu Laut, Tanjung Harga Jualan dari 150K Status Tanah : Pertanian (kelapa sawit usia pokok Tanah sebelah jalan kampung, 300 meter dari admin |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan