Jumaat, 14 Disember 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


<b>Sungai</b> Rapat Online: Jika Benar Dun <b>Pasir Panjang</b> akan <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 03:06 AM PST


UMNO dan MIC sudah pun bersetuju berhubung pertukaran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi di Perak pada pilihan raya umum akan datang serta sedang memikirkan kawasan yang sesuai bagi tujuan itu, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Berita ini mengundang bala buat Nizar Jamaluddin yang selama ini mendabik dada yang menang di Dun majoriti Melayu dengan calon India dengan majoriti 4474. 

Dato Seri Mohd Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata pertukaran kawasan merupakan antara perkara dibincangkan parti komponen BN.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bahawa parti itu berminat membuat pertukaran kawasan DUN di Perak dengan parti komponen BN lain pada pilihan raya umum akan datang.


Pada pilihanraya yang lepas 2008 keputusan N51 Pasir Panjang
Dr. S.Vasan (BN) 7520
Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) 11994
Majoriti 4474

Jika BN meletakkan calon Melayu untuk bertanding di N51 Dun Pasir Panjang, Nizar sudah lama 'bungkus'.
Oleh itu jika Nizar nak meneruskan nafas politiknya, beliau perlu 'lari' ke tempat lain yang majoriti cina kerana katanya semua kaum cina sudah menyokongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads