Jumaat, 14 Disember 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Melentur Buluh Dari Rebungnya: Tarbiah <b>Di</b> Masjid <b>Cheras</b> Jaya <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 03:00 PM PST

Cheras Jaya, Hulu Langat, 23 Muharram 1434 = 07 Disember 2012 (Jumaat):
Pada petang ini jam 5.00 Adun ke Masjid Taman Cheras Jaya bagi menutup Tarbiah yang diberi nama `Daurah Remaja 2012` yang dijalankan di Masjid berkenaan selama seminggu, iaitu dari 2 Disember (Ahad) hingga hari ini 7 Disember. Tarbiah ini dianjur oleh Pasti Abqari dan Masjid Cheras Jaya. Seramai 83 orang menjadi peserta – lelaki & perempuan yang berumur antara 9 – 16 tahun. Mereka yang mengikuti Tarbiah Daurah Remaja ini datang jam 8.00 pagi dan pulang pada jam 5.00 petang.
Hadir pada Majlis Penutup ini ialah Tuan Haji Azman bin Idris Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, En. Muhammad Akhir bin Abdullah Pengarah Tarbiah, Ustaz Sha`ban bin Ahmad selaku Ketua Fasilitator, Imam-Imam, AJK Masjid, Guru-Guru, ibu bapa dan murid-murid. Majlis penutup berlangsung di anjung masjid dalam mana hadirin duduk bersila. Sebelum majlis bermula anak-anak melagukan lagu tema, iaitu Al-Asmaul Husna` dan lagu `Al-Amal-Al-Amal`.
Tuan Haji Azman bin Idris mengucap terima kasih kepada Adun yang sudi hadir bagi merasmikan Majlis Penutup. Menurutnya, ``Ini adalah pertama kali Program Tarbiah sedemikian diadakan. Pihak Masjid sentiasa memberi kerjasama kepada pihak yang menggunakannya bagi tujuan keugamaan, tarbiah dan kemasyarakatan.`` Menurutnya, ``Ini tidak lari dari fungsi masjid, selain dari tempat ibadat, tetapi juga untuk terbiah, pendidikan dan kemasyarakatan.. Menurutnya lagi, ``Dengan mendidik generasi muda, kita sebenarnya menyediakan generasi pelapis yang akan menggantikan kita baik bagi pimpinan masjid, maupun pimpinan kemasyarakatan.``
Ustaz Sha`ban bin Ahmad selaku Ketua Fasilitator menerangkan, bahawa Objektif Tarbiah Daurah Remaja ialah:
  • Menanam nilai keimanan di dalam diri remaja
  • Memperbaiki dan memantapkan perlakuan dan bacaan dalam solat, khususnya solat fadhu.
  • Menguasai asas-asas fardhu ain yang sering dilakukan di dalam kehidupan seharian
  • Menjadikan wirid, doa dan Yasin sebagai amalam dalam kehidupan
  • Menanam nilai keinsafan di dalam diri remaja agar dapat membentuk akhlak yang mulia.
Menurut Ustaz Sha`ban tarbiah yang diadakan adalah bermula dari tahap yang paling basic iaitu memahami aspek yang berhubung dengan aqidah, soal bersuci, pembacaan-pembacaan di dalam solat dan persoalan akhlak.
Adun yang merasmikan Majlis mengucap terima kasih di atas jemputan dan mengucap syabas kepada pihak Masjid dan pihak Pasti Abqari yang menganjur Program Tarbiah bagi Daurah Remaja, Dengan mengikuti tarbiah ini anak-anak dapat memenuhi masa lapang tutup sekolah mereka. Dengan mengikuti tarbiah anak-anak dapat memperbaiki amalan ibadat mereka, meningkatkan pegangan akidah dan memupuk nilai akhlak yang mulia. Menurut Adun, ``Pendidikan keagamaan sedemikian amat sesuai diadakan di Masjid yang menjadi tempat tarbiah dan ibadah. Adun melihat program diatur yang menekankan pembaikan bacaan al-Qur`an dan hafalan, memahami bidang taharah, wudu` dan Solat, memahami aqidah – perkara wajib, mustahil dan harus bagi Allah, solat Duha, qiyamullail, wirid-wirid dan doa. Sesungguhnya apa yang dididik ialah lebih kepada pembaikan dan peningkatan amalan harian supaya lebih sempurna dan sah. Anak-anak belajar dan mempraktikkannya secara amali. Adun menyebut, kita dapati kini hasil dari galakan kita mengimarahkan masjid dan surau, maka bertambah makmur dengan pengisian berbagai program – Tarbiah kepada anak-anak agar mereka menjadi generasi pelapis yang akan terus menyambung pengimarahan masjid-surau secara berterusan. Sesungguhnya pendidikan yang kita beri kepada anak-anak kita sejak dari kecil, insya Allah memudahkan mereka terima dan kekal dalam ingatan dan amalan mereka. Ibarat kata pepatah ``Melentur buluh biarlah dari rebungnya.`` Begitu juga kata pepatah Arab, ``Belajar pada masa kecil, ibarat mengukir tulisan pada batu.``
Selepas ucapan penutup Adun diminat menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada anak-anak yang mengikuti tarbiah sambil disaksi ibu bapa mereka yang menunggu bagi menjemput anak-anak mereka untuk pulang. Majlis dapat ditamatkan sedikit sebelum Maghrib dan Adun pulang selepas bersolat Maghrib berjamaah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads