12 di selayang - Google Blog Search |
Budak Skema <b>Di</b> Sekolah Kebangsaan <b>Selayang</b> Utama Posted: 09 Oct 2012 05:00 PM PDT Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Dalam entri INI , aku ada cerita tentang seorang budak yang sangat skema di dalam Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Budak skema berambut belah tepi, berspek mata besar, dan bertubuh kecil. Akulah budak tu.(Sambil angkat-angkat kening) Dulu aku selalu menjeling dan melihat budak-budak lelaki lain yang jadi perhatian sekolah. Aku cuba menjadi seperti mereka, namun aku tak berdaya. Aku tak pernah yakin dengan diri aku sendiri. Apalagi dengan rupa paras dan fizikal aku. Aku selalu senyum melihat budak-budak lelaki yang hebat bersukan. Aku cuba menjadi seperti mereka, namun sekali lagi aku tak berkemampuan. Setiap kali aku cuba nak aktif, aku akan diserang penyakit asma. Aku pernah memaksa diri aku untuk aktif bersukan dengan harapan aku akan dapat ramai kawan, tapi pada malam harinya, aku terus diserang penyakit asma yang sangat-sangat teruk. Hingga aku dibawa ke klinik untuk mendapatkan bantuan mesin oksigen. Aku tetap di posisi yang sama. Seorang budak skema yang tak punya ramai kawan. Malahan selain daripada cikgu kelas, tak ramai cikgu yang perasan kewujudan aku di dalam sekolah itu. Pernah juga aku menangis kerana meratapi nasib malang aku itu. Pernah juga aku memberontak di dalam hati kerana aku tidak berkemampuan menjadi seperti budak-budak lelaki lain yang sangat gah di pandangan mata aku. Mereka punyai segala-galanya. Tapi aku pula... So Pathetic! Namun, di balik kesedihan yang aku pendamkan terlalu lama itu, aku punya tekad untuk membuktikan yang aku adalah 'someone' di sekolah itu. Berkedudukan di kelas yang akhir, kelas yang paling tercorot, aku tekad untuk mengukir nama. Mungkin aku tak berkemampuan mengukir nama sebagai olahragawan terbaik sekolah, mahupun mengukir nama sebagai mat romeo sekolah, tetapi aku bertekad untuk mengukir nama sebagai pelajar cemerlang di dalam UPSR. Aku tekad untuk membolot 5A di dalam peperiksaan itu. |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan