Ahad, 26 Jun 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


RESEPI NANNIE: Sepetang <b>di</b> Bagan Pasir , <b>Kuala Selangor</b>..

Posted: 10 Jun 2011 08:23 AM PDT

Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujungnya dan tinggal 2 hari saja lagi anak-anak kita semua akan ke sekolah semula . Cuti sekolah kali ni kami sekeluarga tak pergi jalan jauh sangat hanya sekitar kawasan berhampir dan yang paling jauh kami pergi ke Kuala Selangor . Sekali-sekala saya dan suami memang gemar pergi ke Bagan Pasir , Kuala Selangor ni untuk beli stok ikan segar , sotong , udang dan ketam yang semuanya fresh serta di jual dengan harga yang amat berpatutan . Anak-anak saya pun dah biasa ke sini sebab selalunya sebulan sekali kami akan singgah ke jeti nelayan ni . 

Paling best ke sini pada waktu petang sekitar pukul 3 petang sebab cuaca masa ni memang elok sangat tak panas sangat . Pilihan ikan memang macam-macam jenis dan fresh , anak-anak saya memang seronok sangat kalau ke sini sebab boleh tengok laut dan bot nelayan yang berlabuh di jeti . Pengalaman baru buat diri saya dan anak-anak saya melihat suasana kehidupan masyarakat nelayan di kampung Bagan Pasir ni.. 

Cuaca memang cantik masa kami ke sana pada hari Sabtu lepas...

Nelayan berlari ke bot nak balik selepas dah jual hasil tangkapan untuk hari tu..tiap hari mencari rezeki di tengah laut...dugaan dan cabaran mesti di tempuhi juga demi meneruskan kehidupan ni...

Adlina yang sentiasa happy saja...

Deretan kotak berisi macam-macam jenis ikan , ketam , sotong dan udang . Pilih saja yang mana kita suka dan harga pun ok berpatutan memang banyak la saya beli la .

Nelayan yang tengah asing dan pilih ikan untuk di jual pada nyonya tokeh jeti ikan ni , gigih betul mereka ni bekerja mencari rezekikan , kagum saya tengok kecekapan mereka bekerja..

Nyonya berbaju biru tu la tokeh di jeti ni , nyaring je suara dia dok kira ikan dan total harga ye la dah bertahun-tahun dia buat kerja ni mesti la dah cukup mahir untuk tentu kan harga untuk ikan-ikan yang dia nak beli dari nelayan-nelayan yang singgah jual hasil tangkapan mereka . Nyonya ni dibantu anak perempuan yang baru berusia dalam lingkungan 16-17 tahun untuk mengira , dari umur muda lagi nyonya ni dah latih anak dia untuk tolong dengan bisnes berniaga ikan ni .

Ikan masin in the making...sapa la yang buat ikan masin ni ya mungkin nyonya empunya jeti ni atau mungkin juga helper indon yang bekerja dengan nyonya tu...goreng pun sodap ni hihihi..

Anak-anak saya yang sentiasa happy ke mana saja saya bawa mereka jalan-jalan..bagus anak-anak mama ni..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads