Sabtu, 18 Jun 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Padi SRI Selangor : Padi SRI <b>di</b> Parit 4, <b>Sungai Burong</b> Sudah <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 07:25 AM PDT

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong Sudah Terbit!

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Hari ini kami bertolak lambat sikit dari rumah untuk ke kawasan padi. Sepanjang jalan perbualan kami adalah mencari strategi yang terbaik untuk perbincangan dengan beberapa petani Sawah Sempadan yang ingin menanam padi musim 2/2011 ini dengan mengguna cara SRI.

Saya kata kepada Zip, 'Jangan buat apa-apa keputusan selagi tidak mendapat penerangan yang lengkap daripada saya.'  Zip setuju dan terus memanggil perbincangan pada petang ini bermula jam 3. Saya juga menghubungi Fuad agar bersama dalam perbincangan.

Tapi hati teringin nak jengok padi SRI di Parit 4, Sg Burong. Kami lalu sahaja dulu untuk ke Sg Leman. Saya memanjangkan tengkuk untuk melihat tetapi hanya nampak semacam hamparan kekuningan.

Dalam perjalanan ke Sawah Sempadan, kami singgah di Parit 4.  Jantung saya seolah terhenti!  Alangkah cantiknya padi yang terbit sambil memberi harapan penghasilan yang banyak. Bayangkan ditanam hanya satu anak benih. Tidak sebutir baja kimia, tidak setitik racun pesticida. Tengok gambar dibawah dan nikmatilah rahmat kebesaran Allah swt.

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Ini penanaman SRI untuk kali pertama di tanah ini. Tanah nya mengandungi liat yang agak tinggi. Kalau tengokkan rupa anak benih padi yang berumur 12 hari, amat merisaukan. Setiap kali saya dan Pak Tam turun ke Parit 4, sering kami bertembung dengan orang-orang tempatan yang singgah untuk melihat tanaman apa ditanam ditanah itu, sebab jika dipandang dari jalanraya, macam belum bertanam sawah itu. Pada 30 hari pertama, anak padi nampak tidak memberansangkan lansung. Walau pun telah sedia maklum, tetapi kerisauan melanda jiwa juga. Ini nak kena pastikan berapa kah hasil yang akan dituai. Rasa tak sabar menunggu! Tik-Tok, Tik-Tok.. Jam berbunyi……  :)

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads