ads

Isnin, 11 Julai 2011

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


HASIL MUNAQASHAH 19 HB JUN <b>DI AMPANG</b> | TERAS Pengupayaan Melayu

Posted: 18 Jun 2011 11:47 PM PDT

1.Pilihanraya Kerajaan Tempatan :

TERAS berpandangan ini harus dilakukan . Alasan kami :

  1. Pembayar cukai pintu memerlukan khidmat dari wakil yang benar-benar mewakili mereka di satu-satu kawasan , bukan dari badan politik yang melantik ahli Majlis.
  2. Struktur Kerajaan Tempatan hendaklah diubah suai kepada  keperluan dan kawasan penduduk  .
  3. Pilihanraya dilaksanakan secara bersih dan adil
  4. Calon hendaklah bertanding bukan atas nama parti politik tetapi atas nama peribadi.
  5. Umat Islam memerlukan kualiti kepimpinan masyarakat yang tinggi sehingga ke peringkat akar umbi. Pilihanraya tempatan akan membolehkan umat Islam memilih pemimpin tersebut dan yang mudah mereka temui.

2.Pelepasan Kuota Perumahan Bumiputera.

TERAS tidak bersetuju dengan pelepasan kuato perumahan.

Alasan :

  1. Tren sesuatu kawasan perumahan yang tidak diberi kuoto sering terjadi komposisi bumiputera yang tidak seimbang dengan bukan bumiputera di kawasan tersebut. Kesan sosio-politik kepada umat Islam akan menjadi isu dalam jangka masa panjang.
  2. Ramai lagi kaum bumiputera yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu membeli rumah jika tidak ada kuota di kawasan perumahan.
  3.  Pemantauan terhadap kuota bumiputera yang tidak dibeli hendak dilakukan. Rumah yang tidak dibeli hendaklah diwar-warkan sendiri oleh kerajaan negeri. Tidak boleh mengharapkan pemaju untuk melakukannya.
  4. Sebuah lembaga Perumahan Negeri yang khas seperti di Singapore (Housing Board) hendaklah diwujudkan untuk sentiasa melihat tren keperluan perumahan dikalangan golongan berpendapatan rendah bumiputera khususnya dan rakyat Selangor amnya  Rancangan jangka panjang perumahan rakyat boleh diberi tumpuan lebih teliti berbanding hanya memberi tugas tersebut kepada PKNS.

3.Pembangunan semula rumah pangsa

  1. TERAS berpendapat model perumahan dalam bentuk rumah pangsa pada dasarnya tidak baik sebagai rumah rakyat. Terutama rumah pangsa yang melebihi 5 tingkat. Secara sosioekonomi dan kesan kesihatan adalah tidak baik untuk sebuah perumahan yang layak jika pihak kerajaan mahu mengutamakan  pembinaaan institusi  keluarga yang sejahtera dalam sebuah kawasan penduduk.
  2. TERAS juga berpendapat rumah pangsa bukan suatu model perumahan yang sepatutnya dibina. Model perumahan yang sebegini sudah ketinggalan zaman dai sudut "livable housing".
  3. Rumah pangsa bertujuan untuk membina rumah mampumilik dalam kawasan yang kecil. Namun mekanisme pemasaran , zoning dan bank tanah sepatutnya diguna untuk mengatasi masalah keperluan rumah rakyat. Polisi berkaitan dengan cukai dan dasar fiscal (kewangan) untuk mengurangkan kos mortgage dan kos pinjaman hendaklah diguna sebagai alat mengatasi masalah penyediaan rumah mampu milik. Jika rumah pangsa dibina dengan model dan rekabentuk yang munasabah , maka melonggarkan sedikit syarat pengubahsuaian boleh  memberi peluang kepada penghuni hidup dengan selesa.
  1. Menyediakan Perumahan mampumilik akan memberi kesan kepada bertambahnya penggunaan tanah  disamping meningkatkan densiti unit rumah dalam satu-satu kawasan . Bermakna faktor yang perlu juga diberi perhatian bukan sahaja mampu milik tetapi juga munasabah untuk dihuni (Livable).
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved