Sabtu, 30 Julai 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Sindiket curi motosikal <b>di Kuala Langat</b> tumpas

Posted: 14 Jul 2011 04:05 PM PDT

KUALA LANGAT 14 Julai – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket curi motosikal di daerah ini dengan tertangkapnya tiga lelaki warga tempatan di Jalan Sri Tanjong, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini, malam semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah rumah itu berjaya memberkas seorang suspek berusia 25 tahun ketika dia sedang meleraikan komponen motosikal curi tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Nordin Manan berkata, ekoran penahanan suspek itu, polis memberkas dua lagi suspek, masing-masing berusia 19 dan 24 tahun di kawasan berhampiran.

"Polis merampas empat buah motosikal pelbagai jenis, satu rangka, 11 buah komponen enjin, 13 blok enjin dan 12 tangki minyak.

"Kami juga merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan iaitu dua pemutar skru dan spana yang ditajamkan di hujungnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu polis telah menyelesaikan tiga kes curi motosikal di daerah ini namun masih menjalankan siasatan lanjut.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads