Rabu, 6 Julai 2011

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Kerajaan Selangor Tumpu Isu Pemberimilikan Tanah Kepada Rakyat <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 06:42 PM PDT

2 JULAI HULU SELANGOR - Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada isu penyelesaian tanah dengan memberi pemilikan sah khususnya kepada penduduk yang telah lama menduduki tanah kerajaaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemberian tanah kepada mereka yang layak ini akan lebih mudah dilakukan dengan siapnya Land Bank Library yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Beliau berkata, pegawai kerajaan telah diarahkan supaya tidak hanya duduk di pejabat sebaliknya turun padang menemui penduduk yang berdepan masalah tanah.

"Pegawai kerajaan hanya perlu merujuk kepada Land Bank Library untuk mengetahui status tanah yang dituntut. Ini menjimatkan masa dan penyelesaian yang lebih holistik.

"Jika Land Bank Library ini siap sepenuhnya, Selangor menjadi negeri pertama yang menggunakan sistem elektronik dan satelit sepenuhnya dalam penyelesaian isu tanah," kata Menteri Besar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangan kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) peringkat Daerah Hulu Selangor, semalam.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, isu tanah merupakan antara masalah kritikal yang telah lama dihadapi rakyat Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri terdahulu.

Beliau memberi contoh isu Kampung Sungai Kerandang yang menjadi kontroversi baru-baru ini, tetapi telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri dengan memberi Sijil Menduduki Sementara (TOL) hanya kepada peneroka asal yang mendiami tanah milik kerajaan dan rezab Hutan Simpan.

Mengenai bantuan kebajikan lain, Menteri Besar berkata, RM100 juta disediakan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) untuk tahun depan bagi mengeluarkan rakyat berpendapatan rendah dari garis kemiskinan.

Katanya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk bantuan keusahawanan manakala RM50 juta untuk Skim Mikrokredit Luar Bandar (SKIMSEL) dan RM20 juta untuk Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR).

Beliau berkata, peruntukan ini adalah hasil penyusunan semula hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) sebanyak RM392 juta yang telah berjaya dikutip.

Sementara itu, di Dewan Dato' Abd Hamid Batang Kali, lebih 3,000 penduduk Hulu Selangor menghadiri sesi dialog bersama Menteri Besar.

Kebanyakan penduduk membangkitkan isu tanah dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Besar berkata, peruntukkan besar akan disediakan dalam Bajet 2012 untuk membaiki kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Pada sebelah malamnya, Menteri Besar menghadiri Kenduri Rakyat di Dataran Niaga Sungai Tengi dan diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Komuniti Serendah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads