12 di beranang - Google Blog Search |
Jeehan al-Maliziy: Ladang Arnab <b>di</b> Broga Posted: 23 Jul 2011 11:44 PM PDT Saya memandu kereta membawa keluarga bertolak dari rumah melalui jalan Pintasan Kajang-Semenyih dan masuk ke Jalan Semenyih. Kemudian melalui Pekan Semenyih. Saya membelok ke jalan yang menuju ke "Rabbit Fun Land" di Broga. Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke ladang tersebut ialah 19 kilometer sahaja. Setakat ini, ladang arnab di Broga merupakan ladang arnab terbesar di Malaysia. Ia diuruskan oleh East Asia Rabbit Corporation Sdn Bhd. Berkenaan dengan arnab daging yang terdapat di situ, berat maksimanya boleh mencecah 5 hingga 7 kilogram bagi seekor arnab. Kelahirannya dalam setahun ialah 6 hingga 8 kali dan setiap kelahiran boleh mencapai 6 hingga 8 ekor arnab. Sesiapa yang ingin pergi ke "Rabbit Fun Land" (Ladang Arnab) di Broga, alamatnya ialah: Saya, isteri dan tiga orang anak kami beredar meninggalkan "Rabbit Fun Land" tengah hari tadi. Kami singgah ke beberapa buah tempat sebelum bertolak pulang ke rumah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di beranang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan