Selasa, 2 Ogos 2011

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Bengkel Kereta <b>Di Cheras</b> Hangus Terbakar

Posted: 30 Jul 2011 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel kereta hangus dalam satu kebakaran di Jalan Batu 9, Cheras hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, lima buah kenderaan yang dipercayai berada dalam premis berkenaan turut musnah sama sekali.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Syed Lotfi Syed Abdullah berkata tiada sebarang kecederaan berikutan premis terbabit tidak beroperasi ketika hujung minggu.

"Sebanyak lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam dan tiba 15 minit kemudian sebelum kami mengambil masa selama 30 minit untuk padam api sepenuhnya.

"Ketika kejadian tiada individu dalam bengkel terbabit kerana premis itu ditutup setiap hari Sabtu dan Ahad," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads