Rabu, 24 Ogos 2011

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama <b>di Petaling Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 08:47 AM PDT

Isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya Rujuk Kepada Sultan

Kerajaan Negeri rujuk sultan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan meminta nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam usaha penyelesaian isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Rabu lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan Jais berhubung serbuan di majlis makan malam muhibah di gereja terbabit pada malam 3 Ogos lalu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

"Sebaik menerima laporan Jais saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku," katanya.

Abdul Khalid berkata, sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

"Seperti yang kami kata- kan semalam kami kesal dengan kejadian terbabit. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian berkenaan.

"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan toleransi antara agama yang wujud sejak sekian lama di negara ini.

Terdahulu, beliau sudah meminta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden itu termasuk sebab terperinci serbuan terbabit dilakukan.

Kelmarin, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan seramai 12 orang beragama Islam dikesan menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada tangkapan dibuat Bahagian Penguat-kuasaan Jais dan polis setelah pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan penganjur diadakan.

Menurutnya, mereka diarahkan menghadirkan diri ke Bahagian Penguat-kuasaan Jais untuk siasatan lanjut kerana berpandukan siasatan awal mereka terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads