12 di sungai burong - Google Blog Search |
Pemimpin Mesti Menyelami Rakyat Diperingkat <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b> Posted: 13 Aug 2011 06:47 AM PDT Tanjong Karang, 13 Ogo : Program edaran bubur lambuk secara percuma oleh PAS Sebagaimana minggu sebelumnya, tujuh buah kampong telah dipilih di DUN Sungai Burong untuk program edaran bubur lambuk kali ini iaitu, Kampong Parit 4, Seri Gambut, Haji Razali, Sungai Kajang, Dato' Manan, Tok Adam dan Block COJ Sawah Sempadan. Program dimulakan selepas waktu asar, dan disampaikan oleh pimpinan PAS Kawasan dari rumah kerumah, diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, di Kampong Sungai Kajang, walaupun dalam keadaan hujan. PAS memang sentiasa prihatin dengan rakyat dan sentiasa membela dan mendekati rakyat walau dalam keadaan apa Selain untuk mengedarkan bubur lambuk sempena dengan bulan Ramadan, melalui program seperti ini juga, secara tidak langsung akan dapat mendekatkan diri pimpinan dengan rakyat diperingkat bawahan, bagi mendengar masalah yang mereka sedang hadapi, katanya lagi. Setiap pemimpin, katanya, mesti cakna kepada rakyat, sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi Muhamad s.a.w, Saidina Umar Al-Khattab, semasa menjadi Khalifah, yang turun pada waktu malam bagi melihat kesusahan yang dialami oleh rakyatnya dan memberi bantuan kepada mereka dengan segera menggunakan duit daripada baitulmal. Menjadi pemimpin dalam Islam bukanlah satu kemuliaan sebaliknya adalah Turut sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Naib YDP PAS Kawasan dan Penolong Setiausaha 1 (PSU) PAS Kawasan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, PSU 2 PAS Kawasan, dan Othman Ngah, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Norsidah Samat, Sheik Daud Md Maidin, Hamdan Ahmad, Mad Janal Nawawi, Esa Ramli dan lain-lain termasuk daripada DPP dan DMP Kawasan. Pengerusi JKKK Block COJ, Haji Sujak Arshad, Pengerusi JKKK Dato' Manan, Mustapa Abdul Karim dan Pengerusi JKKK Sungai Sireh, Musa Hussein antara yang turut hadir. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan