Isnin, 22 Ogos 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Turun Ke Bazar Ramadhan Edar Bubur Lambuk dan <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 20 Aug 2011 04:49 PM PDT

21 08 2011

Tanjong Karang, 21 Ogo    :    PAS Kawasan Tanjong Karang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong dan Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meneruskan program pemberian bubur lambuk secara percuma dan edaran risalah akhbar Selangorkini kepada orang ramai.

Pada hari ini, program tersebut dijalankan di Bazar Ramadhan Tanjong Karang selepas waktu asar dan berakhir jam enam petang dan disertai oleh Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad dan Mohd Faizal Mohd Barja serta beberapa pimpinan PAS Yang lain seperti Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin dan lain-lain.

Menurut, Penolong Setiausaha (PSU) 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, Seperti pada minggu-minggu sebelumnya, sebanyak lebih 500 bungkus bubur lambuk telah disediakan untuk diedarkan kepada orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa. Tambahan pula pada hari ini juga terdapat pasar minggu yang diadakan pada setiap hari ahad petang dilokasi yang sama.

Sambutan daripada orang ramai, katanya, sangat menggalakkan dan telah mengerumuni meja yang disediakan. Ini menunjukkan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS sangat baik di kalangan penduduk tempatan.

Selain edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini, terbitan Kerajaan Negeri Selangor dan Kad Hari Raya Aidilfitri daripada PAS Kawasan Tanjong Karang dan PKM DUN Sungai Burong turut diedarkan kepada orang ramai dalam program tersebut, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor.

Sebelum ini, program edaran bubur lambuk dilakukan dari rumah ke rumah dibeberapa buah kampong terpilih di DUN Permatang dan Sungai Burong juga turut mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads