ads

Sabtu, 27 Ogos 2011

12 di tanjung karang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


TEKNOLOGI MAKANAN: Pusat Pembungkusan dan Pelabelan <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2011 08:54 AM PDT

Pusat pembungkusan dan pelabelan makanan telah mula beroperasi di Tanjung Karang Selangor bermula 4 Ogos 2011. Pusat ini memberikan kemudahan kepada usahawan IKS untuk membungkus dan melabel produk mereka dengan menggunakan mesin dan peralatan pembungkusan yang tersedia ada di situ.

Pusat Pembungkusan dan Pelabelan FAMA  Tanjung Karang Selangor merupakan premis milik FAMA yang dilengkapi dengan mesin serta peralatan pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk  membungkus dan melabel produk – produk makanan terpilih.
Menaik taraf  kualiti pembungkusan dan pelabelan produk makanan terpilih, usahawan PKS Industri Asas Tani bagi menembusi pasaran pasaraya, pasaraya besar dan pasaran eksport.
Menjamin produk yang dibungkus dan dilabel berkualiti, mematuhi perundangan makanan dan memenuhi kehendak pasaran.
Membantu usahawan yang tiada mesin pembungkusan untuk mengeluarkan produk makanan.
Meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan dari aspek pembungkusan dan pelabelan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Membantu usahawan mengeluarkan  produk  tanpa pelaburan pembelian mesin dan peralatan pembungkusan.
Pusat Pembungkusan dan Pelabelan terletak di Km 8, Sungai Terap, Tanjung Karang 45500, Selangor.
Perkhidmatan yang ditawarkan  adalah secara sewaan sepenuh masa atau sewaan pada had masa tertentu.
PERALATAN YANG DISEDIAKAN
Bil Mesin dan Peralatan Kegunaan 
1 Mesin ' Horizontal Belting Sealer -Untuk 'sealing' pembungkusan plastik dan aluminium foil
2 Mesin 'Vertical Belting Sealer' - Untuk 'sealing' pembungkusan plastik dan aluminium foil
3 Mesin 'Canister Capping' - Untuk 'sealing' pembungkusan 'canister'
4 Mesin pencetak tarikh luput Mencetak tarikh luput produk pada label ataupun pembungkusan
5 Penimbang digital skala 300kg Timbangan untuk pembungkusan jualan borong
6 Penimbang digital skala 1 - 15kg Timbangan untuk pembungkusan jualan runcit dan borong
7 Penimbang digital skala 1 kg Timbangan untuk pembungkusan jualan runcit
SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN
Semua usahawan PKS Industri Asas Tani adalah layak untuk memohon.
Berdaftar dengan FAMA
Produk-produk yang dikeluarkan dan yang hendak dibungkus mestilah halal.
Menandatangani perjanjian sewaan dan menjelaskan bayaran yang berkaitan seperti yang termaktub dalam perjanjian.
CARA-CARA MEMOHON DAN PERTANYAAN
Sila hubungi  Pengurus, Pusat  Memproses Makanan Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor ditalian :  03 – 32698496 dan Fax : 03– 32698595.
Pintu masuk.
Antara mesin dan peralatan pembungkusan.
Untuk keterangan lanjut..sila hubungi  Pengurus, Pusat  Memproses Makanan Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor ditalian :  03 – 32698496 dan Fax : 03– 32698595.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved