Selasa, 13 September 2011

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


GEMPAR: Ahli Parlimen Shah Alam Diheret Ke Mahkamah Oleh JAIS

Posted: 06 Sep 2011 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bakal dihadapkan ke mahkamah syariah atas kesalahan memberi tazkirah tanpa kebenaran.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah surau di Kapar pada 16 Ogos lalu.

Mynewshub.my difahamkan, kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini.

Pendakwaan akan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS terletak di bawah bidang kuasa Exco Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd.

Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor diketahui umum mempunyai hubungan yang amat dingin dengan Khalid terutama selepas insiden JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tidak diketahui sama ada tindakan mengheret Khalid ke mahkamah merupakan agenda balas dendam dan lanjutan pertelingkahan kedua pemimpin berkenaan.

Terdahulu Bernama melaporkan, Khalid Samad hari ini hadir di pejabat JAIS di Shah Alam bagi memberi keterangan terhadap siasatan  berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah itu.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS Nurhamizah Othman ketika dihubungi berkata, Khalid dipanggil kira-kira 10 pagi tadi oleh Bahagian Penguatkuasa jabatan itu.

Nurhamizah berkata, JAIS menerima aduan daripada orang ramai bahawa Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa di Kapar, Klang.

Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Related posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads