Isnin, 26 September 2011

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


10 Ribu Sambut Kehadiran TPM <b>Di Meru</b> | Selangor Daily

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

Selangor Daily 23/09/2011 – Meru ibarat dilanda pesta apabila kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut kira-kira 10 ribu rakyat yang ingin bersama-sama melihat dengan lebih dekat wajah pemimpin nombor 2 negara itu yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.

Sehubungan dengan lawatan TPM ini, satu Majlis Aidilfitri Bersama Rakyat telah diadakan.  Majlis ini adalah penutup kepada pogram pemukiman wakil-wakil rakyat BN di Selangor yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Kuala Selangor pada 21 September 2011 yang lalu.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar bagi menampung keperluan yang mendesak.  Pada ketika ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru menampung kira-kira 5000 pelajar dan merupakan sekolah paling padat komposisi pelajar di Malaysia.  Keadaan ini mengakibatkan kesukaran penduduk setempat yang terpaksa menghantar anak-anak mereka di sekolah yang lebih jauh berikutan tempat yang terhad di SMK Meru.

Bukan itu sahaja, kepadatan pelajar juga mengakibatkan ketidakselesaan pelajar menjalani waktu persekolahan.

Pengumuman ini telah disambut dengan sorakan oleh rakyat yang selama ini berharap agar dapat mempunyai satu lagi sekolah menengah di kawasan Meru.  Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak meminggirkan keperluan rakyat, sekalipun DUN Meru diwakili oleh wakil rakyat pembangkang.

Pada majlis yang sama, satu penyerahan bantuan kewangan kepada maahad tahfiz di seluruh Selangor telah diadakan.  Kira-kira RM 6 juta telah diagih-agihkan kepada wakil-wakil maahad tahfiz berkenaan.  Sementara itu, sekolah agama rakyat di sekitar Meru masing-masing menerima sumbangan khas dari kerajaan bernilai RM10 ribu.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran kira-kira 160 orang wakil rakyat BN dari seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads