Ahad, 25 September 2011

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Padi SRI Selangor : Program Pengenalan SRI <b>di Sabak Bernam</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 08:36 AM PDT

Padi SRI Selangor : Program Pengenalan SRI di Sabak Bernam Tengah (21 Sep, 2011)

Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Berkongsi Pengalaman Mengguna Produk SRI

Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Berkongsi Pengalaman Mengguna Produk SRI

Hari yang penuh cabaran bagiku. Kereta pancet kat tengah jalan dalam bekejar untuk menanam di sawah Parit 4, Sg Burong. Dan pelbagai dugaan seangkatan dengannya. Alhamdulillah ada insan-insan berhati baik menolong kami. Terima kasih Encik Husni, Along dan Fuad. Setinggi penghargaan diatas pertolongan Man SRI-D9 kerana membantu dengan penuh ikhlas. Agar Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan.

Tapi itu semua yang berlaku ditengah jalan menjadi perkara remeh apabila tiba di bilik mesyuarat Pejabat Pertanian Sabak Bernam Tengah. Bilik mesyuarat yang sederhana besar itu telah dipenuhi orang dari kalangan Tok Sidang, Ketua-ketua blok dan petani. Rakan-rakan pertanian juga agak terkejut akan sambutan pada hari ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Padi SRI Selangor : Para Hadirin

Padi SRI Selangor : Para Hadirin

Penerangan yang saya beri didahului dengan kesan-kesan keracunan agrokimia terhadap petani.Kemudian diikuti dengan perkara-perkara 'kejutan' oleh pokok padi bertanam cara SRI- cepat beranak serta banyak anak, juga boleh tumbuh dan berhasil tanpa mengguna agrokimia. Ini diikuti dengan cara terbukti mendapat pendapatan melalui penjimatan dengan mengurangkan penggunaan racun kimia.

Encik Razak turut menerangkan bagaimana beliau dapat menjimatkan kos pembelian racun dan baja tambahan dengan menggantinya dengan produk SRI. Kali ini ramai dari kalangan yang hadir bertanya berbagai soalan kepadanya. Semua dijawab berdasarkan pengalamannya pada musim lepas yang mana menunjukkan pengurangan kos racun sebanyak 50% dan tambahan hasil sebanyak hampir 12 tan bagi11 keping tanah seluas 13.2 hektar. Semua lot Encik Razak bertanam padi secara konvensyenel menggunakan mesin transplanter, serta menggunakan semua baja dan racun subsidi yang diberi oleh kerajaan.

Kemudiannya. saya meminta semua yang hadir memejamkan mata dancuba bayangkan keadaan seperti di bawah ini berlaku dikampong mereka:

•Kerja menyembur tidak merbahayakan.

•Tiada lagi kes keracunan atau cerita ahli keluarga/rakan/jiran menghadapi penyakit kronik.

•Ikan-ikan sawah kembali dalam parit dan taliair.

•Duit ada dalam tangan (penjimatan tidak membeli racun mahal).

•Makanan, beras/sayur tiada racun.

.

Sebelum bersurai, salah seorang peserta telah datang kepada saya sambil berkata, "Mak Tam. Semasa Mak Tam sebut bayangkan keadaan yang boleh berlaku dengan pengurangan racun tadi, air mata saya hampir terbit. Tersentuh sungguh hati saya," katanya dengan penuh kesungguhan. Kemudian, saya pulak terasa di hati, sambil terlintas dikepala – InsyaAllah… ada jalannya…. yakinlah….

Padi SRI Selangor : Sesi Demo Membuat Produk SRI

Padi SRI Selangor : Sesi Demo Membuat Produk SRI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads