Jumaat, 23 September 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pusat Khidmat DUN <b>Sungai Burong</b> anjur Karnival Selangorku 2011 <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 10:52 PM PDT

Tanjong Karang, 21 Sep    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong akan mengadakan Karnival Selangorku2011 selama enam hari mulai 29 September sehingga 4 Oktober 2011 dan akan diadakan di Dewan Dato' Hormat dan Padang Astaka Tanjong Karang.

Menurut Pengarah Program karnival, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, objektif karnival tersebut diadakan adalah untuk menghebahkan kepada rakyat mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Pemberian 20meter air secara percuma, hadiah anak masuk universiti dan lain-lain.

Seluruh agensi dibawah kerajaan negeri Selangor akan membuka kaunter sepanjang enam hari program tersebut diadakan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Mikro Kredit, termasuk kaunter bergerak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk memudahkan orang ramai membayar cukai dan sebagainya, katanya.

Selain itu, katanya, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan turut mengadakan mini pesta buku yang akan diadakan di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang, yang melibatkan lebih 40 buah syarikat penerbitan akan menyertai program tersebut. Pihak PPAS juga akan turut mengadakan pertandingan melukis dan pelbagai program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan merasmikan karnival tersebut pada hari jumaat jam 3.00 petang. Pelbagai program menarik telah dirancang selama enam hari tersebut antaranya ialah persembahan teater keinsafan,  bicara selebriti, forum Perdana Ehwal Islam dan program santai bersama artis antaranya ialah Mel (Wing), Aishah, Pak Long dan sebagainya.

Menurutnya lagi, Forum Perdana Ehwal Islam pada 30 September 2011 akan menampilkan beberapa ahli panel yang terkenal seperti pendakwah bebas, Dato' Hasan Mahmud Din Al-Hafiz, Pensyarah Universiti Malaya, Ustaz Dr Roslan Mohamad dan Pendakwah tempatan, Ustaz Haslim Baharin.

Manakala pada waktu siang pula, antara program yang disediakan ialah sukaneka rakyat, pameran motor klasik, motor berkuasa tinggi, basikal antik, pertandingan melukis, Bicara wargamuda tahun 40'an dan lain-lain.

Dalam karnival tersebut juga, pihak urusetia turut menyediakan 60 buah khemah bagi peniaga-peniaga tempatan dan luar yang berminat dengan harga RM600.00 dan RM1,200.00. Manakala yang berminat untuk membuat tempahan gerai, mereka bolehlah menghubungi Haji Zulkifli Ismail di talian, 017-634 8172.

Perasmian penutup karnival tersebut akan dilakukan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, Ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads