Isnin, 3 Oktober 2011

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Toyota Hilux berwajah baru diperkenal dalam lima varian | Arena <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 11:25 PM PDT

Bertempat di Bandar Sunway, 21 September 2011, UMW Toyota Motor telah memperkenalkan trak pikap popular Hilux berwajah baru, mempamerkan reka bentuk maju lebih menonjol dengan tagline "Advanced and Tough". Kental dengan perwatakan boleh dipercayai, tahan lasak dan berkualiti tinggi dalam mengharungi pelbagai situasi dan cabaran, Hilux baharu juga didatangkan dengan pelbagai pilihan varian dan ciri-ciri baru lebih menarik.

Acara pelancaran disempurnakan oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor, di Pusat Konvensyen Sunway di Bandar Sunway. Turut hadir ialah En. Takashi Hibi, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, En. Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan En. Osamu Tomioka, Penolong Ketua Jurutera, Toyota Motor Corporation.

Toyota Hilux baharu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai sebuah model trak pikap pilihan, terutamanya dengan mengambil kira struktur binaannya yang teguh, tahap kecekapan ekonomi yang baik dan nilai untuk wang. Ianya dijual di hampir 200 buah negara dan pada tahun 2010, jualan model semasa Hilux di seluruh dunia adalah lebih daripada 2.7 juta unit. Di Malaysia pula, Hilux merupakan trak pikap terlaris, menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah pikap tahan lasak dan berkuasa.

Model semasa Hilux yang dilancarkan pada 2005 menjadi peneraju di dalam segmennya sejak itu, dengan rekod jualan melebihi 90,000 unit. Pada 2009, lebih lebih 14,500 unit telah terjual, dan pada tahun lepas, ia mencapai rekod jualan melebihi 18,500 unit. Sehingga berakhir hujung Ogos 2011, sebanyak 14,000 unit telah terjual, peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Terdapat beberapa perubahan penting melibatkan penampilan terbaru Hilux. Di bahagian eksterior, perubahan lebih mantap dan agresif melibatkan hud baharu, termasuk jeriji depan dan rekaan bampar baharu. Toyota juga menambah rim alaoi baharu dan rekaan lampu kombinasi belakang baharu.

Bahagian interior memaparkan pandangan imej lebih moden, termasuk warna interior lebih gelap, kluster tengah rekaan baharu, dan roda stereng baharu bersama suis audio dan paparan maklumat pelbagai fungsi (audio and Multi-Information Display (MID) switches). Pelanggan turut ditawarkan pilihan pakej sistem terbina dalam Toyota iaitu DVD-Audio-Video Navigation (AVN) dengan kamera undur.

Harga atas jalan untuk pendaftaran persendirian termasuk insuran di Semenanjung Malaysia untuk Hilux baharu ialah :

Hilux Double Cab 3.0G (A/T) – RM 107,250

Hilux Double Cab 2.5G (A/T) – RM 96,970

Hilux Double Cab 2.5G (M/T) – RM 91,900

Hilux Double Cab 2.5G STD (M/T) – RM 83,700

Hilux Single Cab 2.5G (M/T) (non-Metallic) - RM 73,256

Semua varian didatangkan lengkap dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer, yang mana lebih awal. Sejak tempahan mula dibuka, UMW Toyota Motor telah menerima lebih 3,300 tempahan untuk Hilux baharu. Syarikat tersebut meletakkan sasaran jualan sebanyak 14,000 unit untuk trak pikap 4X4 itu pada tahun ini. Untuk tempahan atau pandu uji, Toyota Hilux baharu sudah boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mulai 23 September 2011.

Tajuk post berkaitan :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads