Ahad, 9 Oktober 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


SSIC : Telok Panglima Garang Kawasan Perindustrian Baru Tarikan <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:01 PM PDT

MORIB 5, OKTOBER : Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang adalah merupakan sebuah kawasan perindustrian yang popular di Negeri Selangor kerana pelabur-pelabur berpuashati dengan pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah Kuala Langat) yang berjaya memberikan kelulusan permohonan dengan cepat dan pantas.

Pengerusi Eksekutif Selangor State Investment Centre (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali juga berkata perluasan Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang  perlu difikirkan bersama bagi memastikan pelabur-pelabur dalam dan luar negara dapat menambah atau membuka perindustrian yang baru dan `Buffer Zone' perlu diambilkira untuk memastikan kawasan sekitarnya tidak timbul sebarang masalah akibat perluasan kawasan tersebut.

"Majlis Daerah Kuala Langat juga merupakan sebuah pihak Majlis yang terbaik dalam memberikan kelulusan Permohonan Pelan, Kebenaran Merancang (KM) dan sebagainya dengan begitu cepat sekali. Ini dapat diukur dimana Negara Jerman sendiri tidak dapat memberikan kelulusan yang begitu cepat sekali.

Dengan adanya sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa menjaga perkhidmatan mereka, ini secara tidak langsung antara daya tarikan pelabur-pelabur dalam dan luar negara menambah pelaburan atau membuka operasi baru mereka di sini," katanya semasa Majlis Ramah Mesra IPMC 2011.

Beliau juga berkata, pelabur-pelabur kini  mengalihkan perhatian mereka ke Daerah Kuala Langat dan Sepang. Sehubungan itu beliau mengingatkan agar kedua-dua PBT ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik lebih ramai lagi pelabur ke daerah ini.

Berucap di majlis yang sama, Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat, Abdul Razak berkata, bagi memastikan pelabur-pelabur ini mendapat perkhidmatan yang terbaik yang disediakan, dua buah Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri Daerah Kuala Langat (IPMC) telah di tubuhkan yang melibatkan kawasan IPMC Telok panglima Garang dan IPMC Tanjung Duabelas dengan dianggotai sebanyak 16 buah kilang keseluruhannya.

Beliau juga berkata, perindustrian merupakan sebuah sektor yang amat berkait rapat dengan pembangunan sosial dan ekonomi serta alam sekitar yang mana ianya mesti disepadukan supaya keperluan manusia dapat dipenuhi secara seimbang.

"Akan tetapi, ianya juga perlu menekankan keperluan jangka panjang dan juga keperluan sekarang tanpa mengabaikan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Secara perkaitannya, syarikat yang terlibat dalam aktiviti CSR akan menikmati manfaat daripada usaha murni ini dalam jangka masa panjang, di samping memberi sumbangan ke arah kesejahteraan masyarakat," katanya.

Sebagai permulaan, MDKL merancang untuk memperkukuhkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pekilang-pekilang dengan menekankan aspek-aspek pembangunan infrastruktur dan pembangunan elemen lanskap yang mana ianya memberi faedah besar kepada masyarakat setempat selain memberi faedah sampingan kepada pekilang-pekilang.

Dengan adanya program seumpama ini kita dapat  mengeratkan hubungan dua hala atau perkongsian pintar (smart- partnership) di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pelabur-pelabur khususnya pekilang-pekilang di bawah Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri di Daerah Kuala Langat.

Turut hadir di majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Langat, Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Adun Sijangkang, Yang Berhormat Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, SSIC, MIDA, IPMC serta Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Kuala Langat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads