Selasa, 14 Februari 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Rumah Mampu Milik <b>Di Kajang</b> Siap September

Posted: 13 Feb 2012 09:05 PM PST

KUALA LUMPUR – Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) yang pertama oleh Kerajaan Selangor iaitu di Sungai Long, Kajang, Selangor di jangka siap pada September tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 136 unit RMM kini sedang dibina dikawasan tersebut.

"Pembinaan RMM yang terdiri dari dua blok pangsapuri lima tingkat itu kini mencapai 55 peratus.

"Keluasan setiap seunit antara 830 dan 870 kaki persegi dan akan dijual dengan harga maksimum RM89,000 setiap satu," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Iskandar berkata, pembinaan RMM adalah bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan yang tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.

Menurutnya, beberapa kawasan lain di Selangor juga akan memiliki RMM termasuk 536 unit RMM yang akan dibina di Seksyen U10, Shah Alam, Selangor.

Jelasnya, RMM memberi peluang kepada golongan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan memiliki rumah.

Tambahnya, kerajaan Selangor berharap gandingan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads