12 di klang - Google Blog Search |
AMK kecam samseng upahan <b>di Klang</b> - KeadilanDaily.com <b>...</b> Posted: 12 Feb 2012 08:36 PM PST SHAH ALAM 13 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan samseng upahan yang menggangu majlis ceramah mengenai kebebasan akademik anjuran mahasiswa di Klang, kelmarin. Timbalan Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, beliau kesal ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai soal transformasi, ancaman seumpama itu masih berlaku di negara ini. "Ia sangat menyedihkan apabila hak untuk kita bercakap bukan setakat dinafikan, tetapi juga telah diancam dengan perbuatan sehingga menjejaskan keselamatan rakyat. "Selepas kita melalui era 2008 di mana lanskap baru politik Malaysia terbina, kita lihat keadaan seperti ini berlaku. Ia tidak boleh diterima dan kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali," jelasnya. Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi percaya samseng berkenaan diupah pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik. "Majlis itu dianjurkan oleh mahasiswa yang datang untuk memberi penjelasan kepada rakyat, sudah tentulah kita 'assume' pihak sebelah sana yang melakukannya," "Jadi kita nak beritahu Najib selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor dan Datuk Seri Noh Omar selaku timbalan Pada kejadian yang berlaku di kampung Idaman, Klang itu, samseng berkenaan memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna sebelum ceramah bermula.
Samseng berkenaan turut membaling batu dan memukul kereta mereka dengan kayu mengakibatkan kereta Timbalan Kejadian ini, adalah kali kedua selepas ceramah Asalkan Bukan Umno baru-baru ini turut diganggu dan diserang remaja bermotosikal. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26468 |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan