Rabu, 22 Februari 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Dia buat dah: 9 kereta dipecah pencuri <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:10 AM PST

KUALA LUMPUR — Sembilan kereta yang diletakkan di tanah lapang di Jalan PJS5 berhampiran Taman Desaria, Petaling Jaya, dekat sini dipecah masuk pencuri aksesori awal pagi tadi.

Kebanyakan kenderaan terlibat adalah buatan tempatan termasuk jenama Proton.

Seorang mangsa, Nor Azurah Nordin, 28, berkata ini merupakan kejadian pertama seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Kira-kira 8 pagi, ibu saya memberitahu kereta saya kena pecah sebelum pergi menyiasat dan mendapati set cakera padat digital (DVD) bersama TV LCD di dalam kenderaan itu dicuri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi kerana ada saksi memberitahu ternampak seorang lelaki mundar mandir di kawasan itu.

Nur Azurah berkata, cermin tingkap bahagian pemandu keretanya pecah menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

Seorang lagi mangsa, Kamal Salim, 23, berkata beliau kehilangan sejumlah wang, kad kredit, kad pengenalan dan kad Touch n Go kerana tertinggal beg duit di dalam kereta yang baru lima bulan dibelinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads