Isnin, 6 Februari 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Jalan-jalan cari makan <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 05 Feb 2012 10:45 PM PST

Sesekali, saya nak rekomenkan beberapa tempat menjamu selera yang saya rasa puas hati mengunjunginya di blog ini. Kali ini, di sekitar Tanjung karang. (Untuk yang boleh makan di gerai tepi jalanlah...yang 'tak main', errr...di luar tajuklah!)
Semalam kami ke satu majlis walimah di derah ini. Dapatlah berkat. Tapi, yang ini saya tak rekomenlah. Hehe...
Alang-alang dah sampai Tanjung Karang, kami lajakkan ke Kuala Selangor. Bandar Baru Kuala Selangor yang nampak kian pesat. Melayan Diba dan Nuha mencari barang keperluan mereka di Mydin, dan Tesco. Dalam perjalanan balik, kami singgah di sini. 2 KM dari Kuala Selangor di sebelah kanan.
Pelbagai pilihan resepi cendol yang menarik pada harga yang berpatutan.
 Tapi saya segan mahu mengeluarkan kamera, kerana orang terlalu ramai. Untuk cerita yang lebih 'lazat nampaknya', anda boleh klik ke Blog PHD kepunyaan Atuk di sini.

Selesai berjamu cendol, kami teruskan perjalanan. Tidak jauh selepas itu di sebelah kanan ada 'Warung Ibu' yang sangat terkenal dengan hidangan nasi ambengnya. Kami tak singgah kerana pada sebelah petang, nampaknya warung itu sudah tutup. Tapi, kalau anda taip di Google, memang banyak entri orang buat tentang Warung Ibu itu.

Beberapa meter selepas Warung Ibu, ada ini.

Di luar Kelantan dan Terengganu memang susah mahu mencari kelopok lekor yang sedap. Biasanya, kalau beli di pasar malam, kita tak tahu membezakan yang mana satu keropok lekor, dan yang mana satu getah skrap goreng. Tapi, yang ini....hhhmmm, boleh tahan. Saya beli juga yang mentah untuk dibawa pulang.

Jalan lagi. Sebelum hospital Tanjung Karang, sebelah kanan ada ini. Malam Selasa kelmarin saya dah singgah makan di sini (entri cucuk-cucuk itu!). Kali ini, saya singgah lagi untuk beli bungkus. 
Saya bungkus 30 cucuk sahaja kerana saiz satenya memang besar dan singgah di rumah bapa saya di Sungai Manila, sebelum balik ke Teluk Intan. Bapa saya memang suka sate. Sampai rumah bapa saya, adik saya dari Bandar Baru Bangi pun balik juga, dan beli sate juga!!! Selalunya dia beli Sate Kajang, tapi kali ini dia tak sempat, dia beli di Sabak Bernam...
Lalu, terhidanglah dua  versi sate yang berbeza.  "Sate yang cikgu  beli lebih besar dan berketupat asli, tapi, kuah yang doktor  beli lebih sedap, lebih Jawa dan berperisa serai dan nasi impitnya lebih 'empuk'. "Itu komen Master Chef bapak. ! :D


Masing-masing mahu menggembirakan bapak setiap kali pulang ke rumah beliau! Pada hal, bapak makan secucuk dua sahaja, anak-anak kami yang lebih...hehe.
Kakak dan adik Sate....Haih,Diba ni, disuruh ambil gambar dia pilih yang rentung!
Sekian, rancangan Jalan-jalan Cari Makan kali ini. Jumpa lagi...:D
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads