ads

Sabtu, 11 Februari 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


MACAM-MACAM HAL: <b>tanjung sepat</b>

Posted: 25 Jan 2012 06:08 PM PST

Pengunjung tetap penuhi Pantai Sepat
Wartawan Sinar Harian
January 24, 2012
KUANTAN - Suasana Pantai Sepat tetap meriah dipenuhi pengunjung selang sehari selepas tragedi lemas yang meragut dua nyawa adik-beradik tiri di pantai itu.

Tinjauan Sinar Harian di pantai itu di sini petang semalam mendapati, aktiviti berkelah bersama keluarga dan rakan selain memancing di tepi pantai tetap berlangsung namun bagi aktiviti mandi-manda tidak kelihatan.

Bagi seorang pekerja kilang dari Pekan, Nasharuddin Ahmad, 35, dia mengetahui peristiwa menyedihkan itu menerusi paparan media dan mengakui dia terkejut dan bersedih dengan kehilangan yang dirasai keluarga terbabit.

Menurutnya, dia datang bersama keluarganya dan selalu berkunjung ke pantai itu untuk aktiviti riadah dan mengharapkan pihak berkuasa dapat bertindak untuk memastikan peristiwa sama tidak berulang lagi.

"Sepanjang saya datang ke sini, saya tidak pernah nampak sebarang pemasangan bendera untuk tanda amaran disediakan.

"Seharusnya pihak berkuasa dapat berbuat sesuatu kerana bagi orang tempatan mungkin sudah biasa mengetahui selok-beloknya namun bagaimana pula dengan orang luar yang datang ke sini," katanya.

Menurutnya, dia tidak membenarkan anak-anaknya mandi dan hanya bermain air di tepi sambil diawasi ketat orang dewasa sepertinya sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu buat seorang suri rumah, Rohani Mohd Ariffin, 45 yang juga datang berkelah bersama anak-anaknya ke lokasi tersebut mengharapkan satu tindakan tepat dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa di pantai itu.

Menurutnya, Pantai Sepat sudah terkenal dan pihak berkuasa perlu memasang papan amaran supaya orang ramai bejaga-jaga dengan sebarang perubahan cuaca seperti ombak besar yang boleh mengundang bahaya.

"Sudah lebih 10 tahun saya datang ke pantai ini, namun saya tidak pernah nampak sebarang pemasangan bendera amaran ataupun langkah keselamatan yang disediakan," dakwanya.

Namun Rohani juga mengharapkan pengunjung turut mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan sebarang perubahan cuaca dan tidak berdegil jika amaran sudah diberikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved