Jumaat, 10 Februari 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


SEMUT HITAM: ISLAM GERHANA <b>DI NEGERI SELANGOR</b> SEBAB <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 04:59 AM PST

Itulah yang diibaratkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali sewaktu mengulas mengenai portfolio Hal Ehwal Agama yang kini dipegang oleh Si Khalid Gagap.

Beliau mengibaratkan PAS pada ketika ini sudah hilang serinya, sudah hilang kredibiliti dan dasar perjuangannya sama sekali.

Bagi Hassan Ali, PAS kita ibarat tak de kaki, tangan, mata dan telinga. Macam buah labu yang boleh digolek - golekkan ke mana sahaja semahunya.

Ternyata, PAS kini hanya sekadar menjadi boneka dalam Pakatan Pembangkang semata - mata kerana mereka tidak lagi dipercayai boleh menjaga Hal Ehwal Islam.

Datuk Dr. Hassan Ali juga menjelaskan bahawa sebelum ini, semua tindakan penguatkuasaan Islam di Selangor sering dikritik oleh puak - puak DAPigs.

Dari isu penjualan arak, pekerja Islam di premis menjual arak, isu murtad, judi dan rumah urut, semuanya ditentang oleh puak - puak DAPigs.

Walaupun Datuk Dr. Hassan Ali telah menjelaskan bahawa tindakan tersebut hanya dikenakan ke atas umat Islam sahaja, tetapi ia tetap dibantah oleh DAPigs.

Alasan yang diberikan oleh puak - puak DAPigs ni ialah mereka memperjuangkan Kebebasan Manusia atau Human Right yang juga menjadi dasar perjuangan PKR.

Maknanya, secara tidak lansung, Pakatan Pembangkang, termasuk PAS sendiri telah menolak dan menafikan hak umat Islam dalam menjaga kesucian agama mereka.

Jika seorang muslim ditangkap berkhalwat atau minum arak, puak - puak Pakatan Pembangkang akan membantah kerana ia jelas mengugat Kebebasan Manusia.

Adakah PAS sanggup bersekongkol dengan pendirian tersebut? Adakah PAS akan tetap menyokongnya walaupun ianya jelas bertentangan dengan syariat agama Islam?

Nampak sangat yang PAS hari ni memang dah jauh tersesat dari landasan perjuangan mereka yang sebenar. Mereka sanggup mengenepikan syariat Islam demi meraih kuasa.

Itu yang menjadi dasar perjuangan PAS hari ini. Dan sebab itu jugak la mereka gugurkan perjuangan Negara Islam dan gantikan Negara Kebajikan. 

Lepas ni, jangan salah faham pulak. Kalau ada orang Islam yang kena tangkap minum arak, berzina dan sebagainya, itu semua adalah cara PAS menjaga Kebajikan Rakyat!!! Bukan nak menegakkan syiar Islam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads