Sabtu, 31 Mac 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Banjir Kilat <b>Di Klang</b>

Posted: 29 Mar 2012 10:51 PM PDT

30/03/2012 13:51:00

Hujan lebat awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat, antaranya di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

VIOLET/PENDUDUK
"Hujan start almost 4 pagi tapi tak lebat tapi kilat menyambar-nyambar la, victim half-an-hour... kita tak perasan tapi alarm bunyi. Turun tengok satu rumah dah banjir lah. So, this is the first time the water its going up this high... selasa baru hujan lebat pun but still tak sampai tinggi macam ni."

Kejadian ini yang terburuk sejak kawasan tersebut diduduki.

Ia dipercayai berpunca daripada kunci air yang tidak dibuka dan longkang yang tersumbat.

Tinjauan ke Sekolah Menengah Teknik Klang juga mendapati sekolah terbabit terpaksa ditutup setelah dinaiki air.

Pelajar sekolah berkenaan diarah pulang.

Air di beberapa kawasan dilaporkan surut mulai jam 7 pagi.

THE DUKE&#39;S BLOG: IBU <b>DI KLANG</b> TERPAKSA BIAR DIRI <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 09:28 PM PDT

Astaghfirullahil'azimmmm. Saya beberapa kali beristighfar kepada Allah SWT apabila membaca berita ini. Alangkah kejinya perompak ini yang bukan saja merompak, malah mengambil kesempatan merogol seorang ibu yang dia aniaya....
Pada saya, perompak itu bukan lagi boleh dianggap sebagai manusia. Tapi dia selayaknya dianggap sebagai makhluk yang lebih keji dari binatang! Harap PDRM dapat menangkap iblis ini secepat mungkin dan semoga keadilan yang setimpal diberikan Allah kepada mangsa..
Semoga tidak ada lagi iblis seperti ini di kalangan warganegara Malaysia. Biarlah Anwar saja yang menelanjangkan diri sebagai "iblis tunggal" di negara ini. Itu pun bukan main lagi nak jadi PM...!

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. -Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads