Selasa, 6 Mac 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


PAS Tanjong Karang Optimis Akan Berjaya <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 01 Mar 2012 01:04 AM PST

1 03 2012

Tanjong Karang, 1 Mac    :     Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini telah diwawancara oleh Harakah bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung dengan prestasi PAS menjelang Pilihanraya Umum akan datang di Kawasan Tanjong Karang dan DUN Sungai Burong.

Menurutnya, Beliau Optimis PAS akan berjaya dalam pilihanraya Umum akan datang.  PAS Tanjong Karang mempunyai jentera diperingkat akar umbi yang telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa.

Jika diimbas pula, PAS Tanjong Karang pernah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada tahun 1999. Ini menunjukkan rakyat Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong bersikap terbuka dan bersedia melakukan perubahan pada bila-bila masa.

Ini terbukti, apabila Karnival Selangorku yang diadakan pada bulan November tahun lalu selama enam hari enam malam telah berjaya dan setiap malam ribuan rakyat turun untuk menyaksikan pelbagai persembahan dan ceramah isu semasa yang diadakan di tapak karnival, katanya lagi.

Hadir dalam wawancara tersebut ialah Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Harakah Saidah Hairan.

Kerajaan Negeri Selangor Terus Konsisten <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 20 Feb 2012 08:13 PM PST

21 02 2012

Tali Air 2 Ban 3, 21 Feb    :    Majlis penyampaikan fasa Sumbangan Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris seramai lebih 70 orang telah diadakan di Dewan Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin, yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong Karang.

Di dalam ucapannya, Mat Hasbollah, mengharapkan supaya rakyat sentiasa menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini telah banyak membantu rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan untuk meringankan beban rakyat.

Sejak tahun 2008 Kerajaan PR telah memperkenalkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2500 kepada rakyat negeri Selangor yang berusia 60 tahun keatas apabila meninggal dunia. Selain itu bagi anak-anak yang baru lahir diberikan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) manakala yang terbaru ialah program Jom Shopping yang diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar di dalam SMUE.

Berbanding, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.00 yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah yang baru diperkenalkan pada tahun ini hanyalah sebagai satu sandiwara untuk memancing undi rakyat.

Jika mereka benar-benar ikhlas kenapa baru sekarang program tersebut diadakan? Soalnya.

Ini berlainan dengan  Kerajaan Negeri Selangor yang terus konsisten memberikan pelbagai program untuk meringankan beban rakyat sejak pentadbir negeri Selangor empat tahun yang lalu.

Hadir sama ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja dan Haji Misran Serman serta Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Sungai Burong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads