Sabtu, 14 April 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> KL, Petaling, <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 10 hingga 13 April ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som, berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor mereka. Antara kawasan yang terbabit di wilayah Petaling ialah di Desa Tun Razak iaitu di Jalan 1/118C hingga Jalan 11/118C dan Taman Desa Tasik, manakala di Kuala Lumpur di TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 1/2, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Abdul Halem berkata gangguan itu dijangka bermula 8 malam pada 10 April hingga 5 pagi keesokannya.

Katanya, gangguan adalah disebabkan kerja penggantian dua unit Injap Kupu-kupu 800mm diameter berdekatan dengan Kolam Air Sungai Midah.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di wilayah Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April ini hingga ke 6 pagi keesokan harinya.

"Ini disebabkan kerja-kerja penggantian satu unit Injap kupu-kupu 600mm diameter pada Paip Outlet Kolam Air Menara (A) Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor yang menjejaskan bekalan air di kawasan itu," katanya.
Halem berkata, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula 9 malam pada 13 April (Jumaat) hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Ketomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St. Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya, Kampung Chempedak, Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah Bahagia.

"Turut mengalami gangguan iaitu di Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir," katanya.

Katanya, gangguan di kawasan tersebut disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kupu-kupu 600mm diameter di Jalan Kucing dan Jalan Jambu Mawar di ibu negara.

Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222.
Katanya, maklumat mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman sesawang Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas. - BERNAMA

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...cle/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads