ads

Jumaat, 6 April 2012

12 di padang jawa - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


The Glamorous MrJocko: Restoran Putera Ayu, <b>Padang Jawa</b>, Shah <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 08:30 PM PDT

Weekend lepas, kami ke Restoran Putera Ayu di Padang Jawa, bersebelahan dengan kawasan Seksyen 7, Shah Alam. Adik aku yang rekemen tempat ni. Katanya sedap.



 Kami sampai dalam kul 6.30 petang, macam biasa kalau weekend kami makan malam awal sikit. Kalau selalunya asyik makan dah dekat kul 8.30 malam, time hujung minggu, kami awal kan sedikit. 
Masa kami sampai, orang tak la ramai sangat. Boleh pilih meja mana nak duduk, tak yah nak berebut dan tempat pun luas dan selesa. Lagi pun restoran ni besar dan ada 2 segmen, samada nak makan kat dalam atau di luar, 'open space' sikit.

Mulanya aku tak perasan, ingatkan nama restoran ini Puteri Ayu, tapi bila aku tengok balik, aku perasan nama restoran ini sebenarnya PUTERA AYU... Kenapa Putera yang Ayu??? Bukan kah Puteri yang sepatutnya menjadi AYU??? Tokeh kedai tak der pulak nak tanya pasal sejarah nama Putera Ayu ni,,, Lain kali la yer...



Memandangkan menu kegemaran kami adalah Tomyam dan Thai Food, semestinya kami order petang tu, menu yang berkonsep kan Thai Food. Mula dengan Tomyam Seafood medium size, pastu ada Pari Bakar, Sotong Goreng Tepung, Telur Bistik, Kangkung Belacan dan juga Mee Goreng untuk anak-anak aku. Ok la tu, Alhamdulillah.



Kami makan berlima sahaja. Aku, wife dan adik aku. Anak-anak aku makan mee goreng jer. Nasi ni diaorang makan sikit-sikit jer. Jadi seafood ikan bakar tu kami jer la makan. Budak-budak cam tu la, kalau dapat mee selalunya lupa nak makan nasi.
Kalau korang nak makan kat restoran ni, aku boleh rekemen korang datang. Parking Space luas, meja besar, kedai pun selesa. Boleh datang sana makan bersama family dan kawan-kawan. Tomyam sedap, ikan bakar pun sedap. Nanti kalau dah lalu Padang Jawa, sila singgah yer.
MrJocko.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved