ads

Selasa, 15 Mei 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


2012 Tahun Melawat <b>Kuala Langat</b>

Posted: 11 May 2012 05:07 AM PDT

BANTING, 11 MEI : Pantai yang indah, homestay dan hotel yang menarik antara tarikan di daerah Kuala Langat yang membuatkan kerajaan Selangor mengumumkan 2012 sebagai Tahun Melawat Kuala Langat.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata bagi menyemarakkan kempen itu, kerajaan Selangor akan melaksanakan 15 projek yang berkait dengan industri pelancongan.

Projek-projek itu termasuk memperbaiki dan menambahbaik infrastruktur bagi keselesaan pelancong, katanya apabila ditemui.

Beliau ditemui semasa pelancaran Program Tahun 2012 Melawat Kuala Langat di dataran Pantai Morib di sini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Dr Yaakob Sapari, Dr Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Abdul Khalid berkata pusat pelancongan yang mencukupi adalah penting kerana wujud permintaan daripada 2.6 juta penduduk bandar yang mencari kawasan peranginan dan riadah.

"Di Selangor dan Lembah Klang, wujud permintaan yang tinggi di kalangan rakyat untuk mencari kawasan pelancongan.

"Saya lihat setiap hujung minggu sekurang-kurangnya 100,000 sehingga 150,000 masyarakat di bandar mengunjungi pusat-pusat kompleks perniagaan," Abdul Khalid berkata.

Menurut pelawat, Tamilsevan Ramasamy,46, berkata penduduk setempat akan menikmati kemakmuran ekonomi daripada pembangunan sektor industri itu di Kuala Langat.

Manakala Mahmud Din,45, berharap kemudahan pelancongan di Kuala Langat dapat dipertingkatkan agar lebih ramai pelancong datang.

"Semakin ramai pelancong datang ke kawasan ini seperti yang datang ke Pantai Morib dan homestay-homestay dan ini memberi kelebihan untuk perkembangan ekonomu di kawasan ini," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved