Rabu, 16 Mei 2012

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Rentetan Kejadian Pecah Rumah <b>Di</b> Taman Ixora - <b>SalakTinggi</b>.Com

Posted: 03 May 2012 07:54 AM PDT

Salam,

Thread ni dibuka utk penghayatan kita bersama. semoga dengan adanya rentetan kejadian pecah rumah ni akan membuatkan kita sentiasa berwaspada dengan keselamatan harta benda, nyawa dan keluarga tersayang InsyaAllah.. Renung-renungkan.... :D

Sunday, April 22, 2012
1) Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Satu lagi kejadian pecah rumah dan samun telah berlaku di rumah No. 25, Jalan Ixora 1/5, Taman Ixora pada 21 April 2012 (Sabtu), jam 2.30 pagi. Penghuni rumah berkenaan telah diikat oleh tiga(3) orang penyamun. Dilaporkan kehilangan sejumlah harta benda termasuk barang kemas. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak POLIS yang tiba sejurus kemudian bersama Unit K9 (anjing pengesan). Pihak POLIS telah melakukan serbuan ke kawasan hutan berhampiran. Kejadian berkenaan turut disedari oleh penduduk yang menjalankan rondaan Skim Rondaan Sukarela, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora. Penduduk yang bertugas pada malam itu turut membantu pihak POLIS semasa kejadian berlaku.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berhati-hati mengenai soal keselamatan. Sentiasa memastikan rumah berkunci dan berwaspada dengan individu yang berada di sekitar kawasan rumah atau jiran berdekatan. Laporkan kepada pihak POLIS sekiranya terdapat keadaan yang mencurigakan.

Thursday, April 12, 2012
2) Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 12 April 2012 (Khamis), berlaku empat (4) kejadian pecah rumah di kejiranan Taman Ixora. Rumah penduduk yang terlibat adalah rumah No. 4, 6 dan 10 Jalan Ixora 1/17 dan rumah No. 5 Jalan Ixora 1/13. Sejumlah kerugian harta benda dilaporkan oleh pemilik rumah. Diantara barangan yang dilaporkan hilang adalah barang kemas, TV LCD 52 inci, TV LCD 42 inci dan beberapa barangan lain. Semasa kejadian berlaku, semua pemilik rumah tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian disedari oleh penduduk selepas pulang bekerja. Pihak POLIS yang melawat tempat kejadian menjangkakan kejadian berlaku di antara jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora mengambil langkah keselamatan dan berjaga-jaga dengan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Sentiasa berwaspada dengan kenderaan dan individu yang mencurigakan berlegar-legar di kawasan persekitaran rumah anda. Laporkan kepada pihak POLIS dan maklumkan jiran sekitar rumah anda.

Monday, November 28, 2011
3) Kejadian Samun Bersenjata di Taman Ixora

Pada 28 November 2011 (Isnin), anggaran jam 3.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah No. 16, Jalan Ixora 1/10, Taman Ixora. Kejadian berkenaan dilakukan oleh empat(4) orang perompak warga Indonesia bersenjatakan pisau. Perompak berkenaan memasuki rumah melalui pintu gelongsor sisi rumah menggunakan pemotong jeriji besi.

Menceritakan mengenai kejadian berkenaan, pemilik rumah (Tuan Syed), tersedar daripada tidur dan mendapati perompak berkenaan telah mengacukan pisau kepada beliau dan isteri. Beliau tidak melawan dan mengikut arahan yang diberikan oleh perompak berkenaan. Anggaran kerugian adalah RM10,000 yang terdiri daripada jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai. Barang yang paling berbahaya dirompak adalah sepucuk pistol milik beliau (beliau merupakan seorang anggota Polis). Orang ramai dipohon supaya berhati-hati kerana perompak berkenaan telah memiliki senjata api.

Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis yang tiba sejurus kemudian. Unit anjing pengesan telah digunakan untuk mengesan jejak perompak berkenaan. Ekoran daripada kejadian berkenaan satu serbuan telah dilakukan oleh pihak Polis ke rumah kongsi berhampiran Taman Ixora. Beberapa orang penghuni warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan disyaki terlibat telah di bawa ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk siasatan lanjut. Beberapa jiran terdekat turut keluar rumah membantu dan memberikan sokongan moral kepada beliau dan keluarga.

Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon kepada semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dalam waktu terdekat. Kemungkinan kejadian seumpama ini akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Thursday, August 11, 2011
4) Kejadian Kecurian di Jalan Ixora 1/5

Dimaklumkan satu kejadian kecurian pada telah berlaku pada 11 Ogos 2011 (Khamis), dalam lingkungan jam 12.00 tengahari di rumah No. 8, Jalan Ixora 1/5, Taman Ixora. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sebuah motosikal Yamaha LC, 2 buah telefon bimbit dan sebuah playstation.

Berikutan kejadian ini, Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan kejadian jenayah yang berlaku pada masa ini terutama bulan Ramadhan.

Wednesday, July 20, 2011
5) Kejadian Pecah Masuk Rumah Siang Hari di Jalan Ixora 1/1

Pada 20 Julai 2011 (Rabu), berlaku satu kejadian pecah masuk rumah penduduk No. 2, Jalan Ixora 1/1. Kejadian berkenaan disedari oleh tuan rumah selepas pulang dari kerja jam 8.00 malam. Kejadian dipercayai berlaku dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang semasa ketiadaan tuan rumah. Kehilangan sebuah laptop dan beberapa barangan berharga dilaporkan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian jenayah yang berlaku akhir-akhir ini. Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati penduduk di Fasa 1B dan 1C supaya memasang pad lock di jeriji besi rumah. Dimaklumkan oleh pihak polis, jeriji besi ini amat senang dibuka/ dipecah masuk. Penduduk di perumahan Fasa 1B dan IC terdedah kepada kejadian ini.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, June 30, 2011
6) Kejadian Samun Bersenjata Berlaku Lagi di Taman Ixora

Pada hari Jumaat, 1 Julai 2011, jam 3.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah no. 16, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora. Pemilik kediaman dan isteri diikat oleh tiga(3) orang lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang. Pemilik kediaman berkenaan cedera di tangan dan kaki kerana bertindakbalas kepada penyamun berkenaan. Walaubagaimanapun isteri dan anak beliau tidak diapa-apakan.

Kejadian berkenaan dilaporkan kepada Polis dan anggota tiba 20 minit kemudian. Beberapa orang penduduk yang dimaklumkan turut hadir membantu. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan sejumlah barang kemas.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Sentiasa mengawasi kawasan sekitar perumahan dan memaklumkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat suspek yang mencurigakan di sekitar taman perumahan kita.

Monday, June 6, 2011
7) Kejadian Samun Bersenjata di Taman Ixora

Pada hari Jumaat, 3 Jun 2011, jam 4.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah no. 101, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora. Pemilik kediaman dan isteri diikat oleh empat(4) orang lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang dan pisau. Pada masa kejadian, anak-anak beliau dan pembantu rumah berada bersama mertua di Kajang berikutan cuti persekolahan. Alhamdulillah pemilik kediaman berkenaan tidak dicederakan kerana tidak melawan.

Selepas berjaya melepaskan diri dari ikatan, pemilik kediaman melaporkan kejadian berkenaan kepada IPD Sepang dan anggota tiba 20 minit kemudian. Beberapa orang penduduk yang dimaklumkan turut hadir membantu. Polis mengesahkan modus operandi adalah dengan menggunakan ilmu pukau berdasarkan kepada kesan-kesan yang dijumpai oleh pihak Polis. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai, dua buah laptop, dua buah telefon bimbit dan sejumlah barang kemas.

Persatuan penduduk Taman Ixora menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Bersama-samalah kita menghidupkan semangat kerjasama dan saling membantu antara jiran tetangga agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Sentiasa mengawasi kawasan sekitar perumahan dan memaklumkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat suspek yang mencurigakan di sekitar taman perumahan kita.

Wednesday, May 25, 2011
8) Kejadian Pecah Rumah Berlaku Lagi di Taman Ixora

Pada 25 Mei 2011, sebelum subuh berlaku satu kejadian pecah rumah di no. 15, Jalan Ixora 1/7. Dilaporkan kehilangan sejumlah wang dan barang kemas. Semasa kejadian tuan rumah berada di dalam rumah dan tidak menyedari rumah di pecah masuk. Kejadian hanya disedari pada sebelah pagi apabila bangkit daripada tidur dan mendapati rumah berselerak.

Pada masa yang sama berlaku juga dua cubaan pecah masuk rumah di belakang Jalan Ixora 1/2 dan 1/3. Beberapa orang penduduk yang menyedari kejadian berkenaan telah membuat rondaan di kawasan sekitar Taman Ixora.

PPTI menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya dan mengawasi keadaan sekitar rumah dan jiran bersebelahan. Kejadian sebegini berkemungkinan berlaku lagi pada masa akan datang kerana cuti sekolah yang panjang dan ramai penduduk mengambil kesempatan untuk balik kampung.

Thursday, February 24, 2011
9) Kejadian Samun di Taman Ixora

Satu kejadian samun telah dilaporkan berlaku pada 25 Februari 2011 (Jumaat), jam 2.00 pagi di rumah No. 41, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora. Penghuni rumah berkenaan telah kehilangan sebuah kereta Toyota Avanza dan sejumlah wang yang telah dilarikan oleh beberapa orang suspek yang telah memecah rasuk rumah beliau.

Persatuan Penduduk Taman Ixora melahirkan rasa simpati terhadap penduduk yang terlibat dan menasihatkan semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati serta mengambil langkah keselamatan mengawasi kawasan persekitaran rumah daripada kejadian yang tidak diingini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah memberikan amaran kepada penduduk sekitar Bandar Baru Salak Tinggi supaya berjaga-jaga kerana sejak kebelakangan ini suspek pecah rumah sedang berkeliaran di kawasan perumahan kita. Harap dapat disebarkan kepada semua penduduk Taman Ixora.

Thursday, July 29, 2010
10) Kejadian Samun di Taman Ixora

Pada 29 Julai 2010 (Khamis) jam 11.00 pagi, berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah No. 24, Jalan Ixora 1/2. Dilaporkan sejumlah barang kemas telah berjaya dilarikan oleh penyangak berkenaan. Menurut laporan pihak polis, modus operandi mereka adalah menyamar sebagai juruteknik untuk memeriksa penapis air di dalam rumah.

Apabila tuan rumah membuka pintu untuk tujuan berkenaan, mereka akan menjadi mangsa atau anak sebagai tebusan dan mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya tidak memberikan kerjasama.

Persatuan Penduduk Taman Ixora meminta penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan individu yang tidak dikenali yang ingin memasuki rumah kita. Pihak syarikat pembekal barangan atau perkhidmatan tidak pernah menghantar wakil mereka untuk melakukan pemeriksaan atau pembaikan dari rumah ke rumah.

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan di Taman Ixora, adalah didapati kejadian jenayah sentiasa berlaku dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Keadaan pada masa ini adalah sunyi dan lengang daripada pergerakan keluar masuk penduduk. Adalah dinasihatkan supaya penduduk tidak membiarkan kanak-kanak bermain di luar rumah pada waktu ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Wednesday, December 30, 2009
11) Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 30 Disember 2009 (Rabu), rumah No. 51, Jalan Ixora 1/13 telah dipecah masuk. Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Dalam kejadian berkenaan tuan rumah tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian berkenaan disedari pada jam 6.00 petang selepas tuan rumah pulang daripada bekerja.
Penyangak berkenaan telah membuat lubang di pagar belakang rumah dan mengumpil gril tingkap bilik belakang rumah. Perbuatan mengumpil gril berkenaan dipercayai dilakukan menggunakan senjata kuku kambing.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah tiba di rumah berkenaan pada jam 10.00 malam untuk mengambil gambar kejadian dan tuan rumah dikehendaki membuat keterangan di Balai Polis Salak Tinggi.

Sejumlah kerugian harga benda dilaporkan selepas kejadian. Beberapa keping gambar telah diambil sebagai pengajaran kepada penghuni lain bagaimanakah kejadian berkenaan berlaku dan tindakan yang sewajarnya diambil untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.

Persatuan penduduk Taman Ixora memohon kerjasama daripada semua penduduk supaya sentiasa mengawasi rumah masing-masing dan jiran bersebelahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini. Sikap saling tolong-menolong dalam membasmi kejadian jenayah di taman kita amatlah dihargai.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, July 12, 2009
12) Kejadian Pecah Rumah Berulang Kembali

Pada 13 Julai 2009(Isnin), anggaran jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari, rumah No. 142, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora telah dipecah masuk melalui tingkap di tingkat atas rumah. Perompak berkenaan telah menggunakan tangga untuk memasuki tingkap atas rumah berkenaan.

Dilaporkan sejumlah barang kemas dan telefon bimbit didapati hilang selepas kejadian berkenaan. Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat beberapa orang pekerja kontrak warga Indonesia yang berada di sekitar tempat kejadian. Ini adalah berdasarkan kepada tangga yang digunakan oleh perompak berkenaan adalah tangga buatan sendiri yang digunakan untuk memperbaiki kerosakan rumah yang masih di bawah tempoh waranti pemaju.

Sehubungan dengan itu, PPTI ingin menasihatkan penduduk supaya berhati-hati kerana kejadian seperti ini biasa berlaku di waktu siang hari.

Wednesday, January 21, 2009
13) Penjual Aiskrim Masuk Rumah

Pada 21 Januari 2009 jam 11.00 pagi, seorang penjual aiskrim bermotosikal berbangsa Pakistan telah memasuki sebuah rumah di Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi dengan alasan untuk menjual prepaid. Setelah memasuki rumah berkenaan beliau mengunci pintu rumah daripada dalam. Di dalam rumah berkenaan hanya terdapat seorang pembantu rumah warga Indonesia dan anak perempuan tuan rumah. Tuan rumah dan isteri tiada di rumah kerana bekerja. Penduduk yang menyedari kejadian berkenaan telah menghubungi pihak polis dan dengan bantuan penduduk Taman Ixora penjual aiskrim berkenaan berjaya ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Salak Tinggi untuk tindakan selanjutnya. Adalah dinasihatkan supaya penduduk Taman Ixora berhati-hati dengan penjual aiskrim bermotosikal kerana mereka mempunyai niat lain selain menjual aiskrim.

info dari : http://tamanixora.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads