Khamis, 10 Mei 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


MB: <b>Selangor</b> Hargai Golongan Pekerja

Posted: 30 Apr 2012 10:29 PM PDT

SHAH ALAM 1 MEI : Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha menghargai sumbangan pekerja, kerana tanpa golongan ini perumbuhan ekonomi yang pesat tidak mungkin akan tercapai.

Dalam perutusan sempena hari pekerja hari ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyedari tentang hubungan baik di antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja di negeri ini khususnya.

Jelasnya, hubungan ini mampu mengimbangi daya saing serta serta kesejahteraan  hidup individu dan masyarakat.

"Bagi memastikan aspek ini berjalan lancar, Kerajaan Negeri Selangor mengadakan dialog, membentuk dasar dan menjalankan program yang sesuai dengannya. Tumpuan diberikan secara tidak langsung kepada khalayak pekerja melalui pelbagai bantuan kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Program khusus kepada pekerja pula dibuat melalui kumpulan sasar di peringkat kemampuan pelaksanaan oleh kerajaan negeri iaitu bantuan kepada pekerja ladang, penubuhan Institut Produktiviti & Perhubungan Perusahaan Selangor (InPPP) dan pengenalan dasar gaji minima di peringkat syarikat milik kerajaan negeri," katanya.

Menteri Besar juga melahirkan keyakinan bahawa banyak lagi hal yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan dan keperluan khusus golongan pekerja.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan,"katanya.

Tahun ini merupakan kali ke-33 negara menyambut hari pekerja sejak diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman selaku mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selain disambut sebagai hari kelepasan am di Malaysia ia turut disambut dibeberapa negara lain yang mengiktiraf Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization/ILO) seperti Argentina, Austria, Belgium, Jerman, Norway, Itali, Korea Selatan Perancis, Singapura, Sepanyol, Sweden, Thailand, dan Vietnam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads