Khamis, 7 Jun 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Rebet Cukai Taksiran Bagi Rumah Mesra Alam <b>Di</b> PJ

Posted: 04 Jun 2012 05:42 AM PDT

PETALING JAYA, 4 JUN : Pemilik rumah di Petaling Jaya yang berjaya menjadikan rumah mereka supaya lebih mesra alam berpeluang mendapat rebat cukai taksiran di antara 10 hingga ke 100 peratus.

Rebat ini ditawarkan kepada pemilik rumah yang mengurangkan penggunaan tenaga dan air rumah mereka, menguruskan sisa buangan, menjimatkan bahan api pengangkutan dan lain-lain.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Mohd Taib berkata, skim tersebut bagi mengurangkan pencemaran karbon serta memupuk sikap dan komitmen mesra alam di kalangan penduduk.

"MBPJ komited untuk menjadikan bandar ini sebagai perintis kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar," ujarnya.

"MBPJ memperuntukkan RM100,000 bagi skim rebat tahun ini dengan mensasarkan 200 pemilik rumah yang berjaya akan menerimanya," katanya.

Antara aspek penting yang diambil kira bagi skim ini ialah sikap pemilik rumah dalam menjimatkan penggunaan air dan elektrik serta elemen dan komponen mesra alam hijau.

Ia hanya terbuka kepada pemilik perumahan individu termasuk rumah banglo, berkembar, teres, rumah pangsa dan kondominium.

Kata Puasa, bagi tahun ini, pemilik rumah yang layak akan menerima rebat cukai taksiran dan jumlah itu akan dikreditkan ke dalam akaun cukai mereka bagi tahun 2013.

Peruntukan kali ini merupakan peningkatan berbanding tahun lalu, di mana MBPJ memperuntukan RM18,174.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan skim tersebut di Ibupejabat MBPJ hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads