Sabtu, 2 Jun 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


MOTIVASI CINTA <b>DI</b> SRAI ZAHIDIAH <b>SUNGAI BULOH</b>

Posted: 20 Apr 2012 12:00 AM PDT

20 April 2012, Sungai Buloh - Selesai pergerakan IQ Class Management di SK Bandar Sri Damansara 3, tamat jam 5.00 petang, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bergerak ke Sekolah Rendah Agama Islam Zahidiah di Sungai Buloh.

IQ Class Management telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada calon-calon peperiksaan PSRA tahun 2012. Apa yang menguntungkan, sebilangan besar pelajar-pelajar tersebut telah mengenali penceramah kerana beliau pernah memberikan ceramah Maulidur Rasul di SK Sungai Buloh.

Ceramah berlangsung dengan baik walaupun terdapat sedikit gangguan dari segi teknikal pembesar suara. Namun ceramah diteruskan untuk memenuhi amanah yang diberikan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah, kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Tidak lupa kepada Penghulu Zamani yang menjadi penghubung antara kami dan pihak penganjur di sekolah. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads