Isnin, 25 Jun 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kebun Bahagia Bersama: Kebun Sebelah <b>Sungai Buloh</b> Benih <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 07:40 AM PDT

Setelah lama memujuk tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh untuk tangkap gambar progress pokok-pokok atau benih yang saya pindahkan dari Adelaide ke Sungai Buloh bulan May lalu, saya terimalah gambar-gambar ini dari adik lelaki saya hari ini. Walaupun rasa tiada tenaga sudah malam ini, teruja sangat nak berkongsi gambar ini. Untuk mengelakkan kekeliruan saudara/saudari yang baru berkenalan dengan tukang kebun dan mengikuti blog kami, kami ada 2 kebun, satu di Adelaide yang dalam proses beralih perlahan-lahan beberapa tanaman ke kebun di Sungai Buloh yang milik ibubapa saya. Dahulu ahli tukang kebun di Adelaide adalah 5 orang dan sekarang tinggal 3 orang. Tukang kebun lagi 2 orang dah berada di Sungai Buloh dan bilangannya bertambah dengan ahli baru iaitu adik-adik saya. Yang menolong pos benih-benih ialah adik lelaki saya. Dulu, saya dan sepupu saya Lenay yang kumpul benih-benih di Adelaide. Sekarang ini, benih dari Adelaide dikumpul oleh saya dan benih dari Sungai Buloh dikumpul oleh Lenay dengan bantuan anak-anak murid dia bermula baru-baru ini. 
Pertengahan bulan May lalu, kami ada bawa balik bulb gladiolus untuk kebun kami dan juga peminat bunga yang lain. Sekarang bulb gladiolus di kebun kami semuanya telah bercambah dan meninggi seperti di dalam gambar bawah.
Bulan lepas ada juga dibawa balik pokok-pokok strawberry (jenis 'Sweetie') dari kebun kami pindah ke kebun Sungai Buloh. Pokok strawberry sudah berbuah tapi si ayam mutiara je yang puas makan. Ada juga bawa balik pokok saya tak ingat sama ada blackberry atau blueberry, katanya dah berbunga sekarang. Tapi adik perempuan saya kata macam ayam mutiara je yang target awal-awal lagi buahnya nanti. Pokok bay leaves yang dibawa balik pun mereka report makin cantik. Saya juga ada bekalkan beberapa rhizome bunga iris dari kebun kami di Adelaide dan nampaknya gagah tumbuh juga di kebun Sungai Buloh seperti gamber di bawah.
Bawa balik juga 2 pokok bunga gerbera yang saya sayangi sebab pemberian hadiah Mother's day 2 tahun lepas dari anak-anak. Lenay bahagikan ke beberapa pokok (by division) dari 2 pokok tu dan katanya sekarang ni galak tumbuh baik. Masa di bawa balik, di Adelaide makin sejuk jadi pokok gerbera tu dah mula dormant dan nampak sedih sangat, sekarang sebab agaknya tumbuh dekat Malaysia seronok dapat banyak haba kembali.
 Bulan January lepas saya ada balik Malaysia 6 hari. Saya ada bawa balik buah spaghetti squash yang baru dituai dari kebun kami di Adelaide. Lenay simpan bijinya dan semai. Hujung minggu lepas, kebun di Sungai Buloh telah tuai spaghetti squash buat pertama kalinya dan Lenay ada tunjuk buahnya di Skype. Kalau Lenay bagi lampu hijau, baru kami akan promosikan benih organik heirloom spaghetti squash.
Semasa di Malaysia January lepas, saya ada semai benih sengkuang di kebun Sungai Buloh. Sekiranya nak ubi sengkuang yang besar, bunganya hendaklah dipotong supaya pokok itu fokus tenaganya untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan tidak terbantut. Tetapi kali ni saya pesan dengan Lenay supaya biar je pokok sengkuang itu berbunga untuk kumpul benih. Mereka berjaya kumpul benihnya dengan penuh kesabaran. Setiap kali berSkype, Lenay saja mengusik saya tunjuk benih sengkuang yang mereka kumpul. Kebun kami adalah organik, jadi jangan pelik tengok daun yang habis berlubang dan kena makan tu. Keadaan pokok-pokok sengkuang itu sekarang.

Bila nak tambah benih organik open-pollinated sengkuang dalam list?
Lenay tak bagi lampu hijau lagi. 
Dia kata tunggu dulu nak testing benih dulu.
Protokol nak dapat kelulusan benih dalam kebun kami...hehehe....
Saya gembira dan bangga dengan tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sebab dah berjaya mula buat koleksi benih tempatan mereka sendiri. Tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sekarang adalah anak-anak muda yang berusia antara 25 tahun dan 5 tahun. Ilhan yang baru masuk 5 tahun masa menetap di Adelaide jarang sekali dapat makan kacang panjang. Sekarang menu sayurnya tiap hari ialah kacang panjang dari kebun Sungai Buloh kami. Dekat Sungai Buloh sekarang musim kacang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads