Rabu, 13 Jun 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


PRU13: Nizar Kekal <b>Di Pasir Panjang</b> | Detik Perubahan

Posted: 09 Jun 2012 10:53 PM PDT

BOTA – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau akan tetap bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, kawasan itu sudah diwakili sejak empat tahun lalu dan tidak akan meninggalkan kawasan itu.

"Saya sudah empat tahun di sana dan situlah tempat saya berkempen bagi pilihan raya akan datang.

"Khabar angin saya akan bertanding di tempat lain memang banyak. Ada kata saya akan bertanding di Selangor, di Kelantan dan sebagainya tetapi itu hanya sekadar khabar angin sahaja," katanya ketika ditemui semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib.

Dalam program itu Mohammad Nizar bersama ahli Pas mengedarkan risalah kepada penduduk di Pekan Bota Kanan dan selepas itu menjala ikan di Sungai Perak.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan senarai calon bagi PRU-13, beliau berkata, calon Pas sudah dimuktamadkan 100 peratus.

"Bagi calon Pakatan Rakyat (PR) pula sudah 95 peratus siap dan Pas akan meletakkan dua calon wanita nanti.

"DAP dan PKR pula akan meletakkan lebih calon wanita berbanding Pas," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat PR Negeri.

Ketika ditanya sama ada Dun Jelapang mahu diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), beliau berkata, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan mengenainya kerana kawasan itu akan ditandingi oleh DAP. – Sinar Harian

N51 <b>Pasir Panjang</b>: Ds Nizar menyelongkar masalah pengusaha <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 02:10 AM PDT










Setiap kali kerja-kerja mendalamkan Sungai Dinding dilakukan oleh kapal-kapal korek pada setiap tahun di kawasan tersebut menghala ke laut, para pengusaha ikan dalam sangkar di kawasan tersebut merasa cemas dan sudah pasti mengalami kerugian berjuta ringgit akibat kemusnahan ekologinya dan memusnahkan ikan-ikan mereka.

Perkara ini diadukan kepada wakil rakyat bagi kawasan Pasir Panjang yang merupakan wakil rakyat mereka. Kehadiran Dato' Seri Nizar ke Kg Bahru, baru-baru ini memberi harapan kepada mereka untuk mengadu dan berharap agar perkara ini dibawa oleh Dato Seri ke Dewan Undangan Negeri Perak atau pun ke Dewan Rakyat untuk diselesaikan samaada kerajaan  akan memberi pampasan yang manasabah di atas kerugian yang ditanggung oleh pengusaha pada setiapkali kerja-kerja mendalamkan Sungai Dinding dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads